Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita

Assalammualaikum wbt..

Di sini saya nak kongsikan 10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita yang saya perolehi dari website Positive Parenting  

1. Tiada Perbandingan 
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda. 
- Sejujur nya saya dulu suka sangat membandingkan Irfan dengan kanak kanak lain. Selepas banyak membaca mengenai psikologi kanak kanak ni saya mula menukar cara dengan menekan dan memuji kelebihan yang Irfan ada. 

2. Ketepikan Jenaka 
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya. 
- Selama ini memang saya tidak pernah nak berjenaka mengenai sebarang kekurangan atau kelemahan yang Irfan miliki kerana ianya adalah anugerah ILAHI yang tak ternilai. 

3. Jangan Memberi Gelaran 
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan. 
- Seperti hal berjenaka mengenai kekurangan dan kelemahan sama juga mengenai gelaran yang tidak sepatutnya ini. Sila katakan TIDAK pada gelaran yang boleh merendah rendah kan diri anak kita ye kawan kawan. 

4. Elakkan Hukuman Automatik 
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra. 
- Mengenai hukuman pula, sebelum ini selepas tiga kali peringatan di beri Irfan masih melakukan perkara yang sama saya akan menghukum nya. TETAPI kini tidak lagi kerana saya menekan kan aspek penerangan mengapa perkara tersebut tidak patut di buat. Tidak di nafikan sebagai ibu bapa paras kesabaran kita kadang kadang di uji. Bila tiba detik di uji dengan sikap Irfan selalu nya saya akan terus mendiam kan diri. Sekarang ni umpama signal bagi Irfan andai saya diam tanda nya ada sesuatu yang saya tidak puas hati. 

5. Sentiasa Positif 
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja. 
- Memang menjadi prinsip utama saya dalam mendidik ni sebarang unsur NEGATIF harus di tolak jauh jauh. Kerana bagi membina keyakinan anak ni apa yang saya nampak jangan sesekali menekan kan aspek kelemahan atau kekurangan diri mereka.

6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok 
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut. 
- Gara gara saya suka menakutkan Irfan dulu sekarang ni dia memang takut untuk di tinggal kan keseorangan hatta duduk di ruang tamu seorang diri. Kesilapan diri ini juga. Oh saya kena perbetul kan cepat! 

7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah 
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi. 
- Point ini saya masih dalam proses belajar berkomunikasi dengan Irfan. Di sebab kan terbiasa saya ada juga menyalahkan Irfan andai sesuatu perkara terjadi andai dia tidak mendengar kata saya. Point yang baik yang harus saya TUKAR kan segera! 

8. Adakan Masa Bersama 
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai. 
- Alhamdulillah masa bersama memang sentiasa kami nantikan! 

9. Didik Berdikari 
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya. 
- Yang ini saya suka praktikkan! Kita akan dapat lihat keterujaan mereka andai kita memberi mereka peluang untuk buat sendiri. Contohnya kali pertama membasuh kasut Irfan teruja nak belajar basuh kasut.

10. Tingkatkan Pujian 
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya. 
- Point ini memang dari dulu saya suka tekan kan kerana ianya amat berkesan meningkat kan keyakinan diri.  



**Tetapi ingat lah dalam proses psikologi kanak kanak ini ianya tidak seindah seperti yang kita jangka kan kerana ianya memerlukan KESABARAN yang tinggi. Sejujurnya saya akui sebelum meningkatkan keyakinan anak anak ni seharusnya IBUBAPA haruslah meningkat kan keyakinan diri terlebih dahulu. Kadang kadang saya tak yakin yang Irfan boleh buat. Tapi sebenarnya saya yang seharusnya merasa yakin bahawa Irfan BOLEH BUAT dengan memantau dan mengajar perkara yang betul. Saya juga seperti ibubapa yang lain yang masih lagi dalam prosess pembelajaran dalam mendidik anak.

Tips Mengajar Anak Solat

Assalammualaikum wbt..

sekian lama Umi tak bersiaran di sini...akhirnya hari ni terasa ingin mengubat kerinduan untuk mencoretkan sesuatu di sini...apa khabar kalian?...Alhamdulillah Umi & keluarga sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik...
hari ini Umi nak berkongsi kan artikel mengenai Tips Mengajar Anak Solat...
Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."

Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
- saban hari Umi berdoa semoga Irfan menjadi anak yang soleh...mudah mudahan doa yang kita baca kan setiap hari di makbulkan...amin

Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"

umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.

Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat." Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat

Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"

Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
- Alhamdulillah dah mula nampak kesan ni..TAPI kena ingat bukan mudah seperti yang kita bayangkan...hari hari kena bagi nasihat...hari hari kena ajak dia solat sekali...hari hari kena bagitau apa yg buleh apa yang tak buleh...semoga ianya akan menyerap ke hati anak2 kita..

Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
·Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.

·Sesekali ajaklah mereka ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.

·Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.

·Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.

·Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.

·Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.

·Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.

·Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.

·Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.

·Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
- InsyaAllah tahun depan Ummi akan praktikkan pula tips yang ini...
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"

Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.

Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.

Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat

Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!

Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
- semoga Umi sabar & istiqamah dalam mengajar Irfan bersolat...

Mengigau malam

Assalammualaikum wbt...


Anak-anak korang kuat mengigau tak?hehehe Irfan ni dalam kategori kuat mengigau tau..kadang-kadang tu dok jerit-jerit...kadang-kadang tu bercakap..paling teruk skit dia berjalan...hehehe kalau berjalan agak bahaya jugak la kan...

Kalau dia mengigau menangis sampai teresak-esak ummi akan peluk & dakap dia..then dia akan tidur balik...kalau dia bercakap-cakap ummi biar kan aje la..TAPI kalau dia mengigau berjalan Ummi akan 'tangkap' balik then suh dia baring semula...kadang-kadang tergelak jugak kalau dia mengigau ni..tapi ada jugak dia mengigau sampai tendang-tendang..hah yang ini tak tahan oooo...sure sakit badan kita kena tendangan padu dia..adehhhh

mengikut artikel kat sini mengata kan
Anak kerapkali mengigau pada akhir kitaran tidur atau pada awal pagi (antara 4 hingga 6 pagi). Ini adalah peringkat tidur REM atau “Tidur Mimpi” biasanya berlaku. Igauan dikaitkan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang baru bertatih mungkin bermimpi dipisahkan daripada ibu bapa mereka, manakala kanak-kanak tadika pula mungkin bermimpi tentang hantu atau makhluk ganas. Dan yang bersekolah, mungkin bermimpi kematian atau sesuatu bahaya.
Mengigau ni bukan sahaja anak-anak kecik tau..ada jugak orang dewasa yang mengigau..hehehe kalau anak-anak mengigau sangat comel..kalau orang dewasa mengigau ni "LU PIKIR SENDIRI" la...hahahahaha buruk ok!

dalam artikel tu jugak ada terangkan langkah-langkah andai anak2 kita mengigau
  • Berbual dengan si manja tentang mimpi buruk itu. Ini mungkin jalan penyelesaian yang terbaik. Mimpi buruk sering dikaitkan dengan kebimbangan dan pengalaman kurang menyenangkan yang dialami oleh kanak-kanak. Tekanan dan kebimbangan ini mungkin terbawa-bawa sehingga ke waktu malam, dan mengganggu tidur mereka. Oleh itu, luangkan masa untuk berbual dengan si manja anda setiap hari. Jelaskan tentang perkara yang merisaukannya supaya si manja boleh merasa tenteram dan tidak membiarkan imaginasinya menguasai perasaan.
  • Tetapkan rutin waktu tidur yang positif. Ini bermakna menyuruh anak anda tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Pastikan juga anak anda tidak melakukan sebarang aktiviti yang lasak sebelum waktu tidur. Sebaliknya, biasakan si manja melakukan sesuatu yang menenangkan (seperti membaca buku cerita) sebelum anda menidurkannya. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kekerapan mimpi buruk, malah membantu si manja bersedia dan tidur lebih cepat.
  • Gunakan lampu tidur. Kegelapan boleh menakutkan, lebihlebih lagi bagi anak-anak kecil. Penggunaan lampu tidur dapat mencegah si manja daripada memikirkan tentang perkara yang menakutkan sebelum tidur. Tambahan lagi, jika si manja terjaga daripada tidur disebabkan mimpi buruk, lampu tidur dapat menenangkan perasaannya, membolehkannya tidur semula kerana si manja tahu persekitaran biliknya adalah selamat.
  • Jaga pemakanannya. Apa yang dimakan oleh si manja anda boleh mempengaruhi kualiti tidurnya. Elakkan makanan dan snek yang mengandungi kafeina, gula dan karbohidrat yang tinggi sebelum waktu tidur kerana bahan tersebut merangsang otak. Snek sebelum tidur yang terbaik (jika mahu) adalah segelas susu suam tanpa gula atau coklat. Susu mengandungi triptofan, bahan yang menggalakkan tidur.

Sahabat Khayalan..

Assalammualaikum wbt..

Ada tak di kalangan kawan-kawan di sini yang mempunyai anak yang bersahabat dengan 'rakan khayalan' mereka? risau tak ? takut tak?

Mula-mula Ummi takut sebab nya Ummi selalu tak nampak tapi Irfan selalu kata "tu la Ummi..kawan Irfan tu".sambil tunjuk-tunjuk kat dinding la..kat sofa la...aduhai mula-mula naik seram jugak la kan..maklumla kita tak nampak tapi dia nampak la pulak..then Ummi selalu cakap "Irfan suruh kawan Irfan tu balik tak baik dtg rumah orang"...hehehe suspen gak tau...makin Ummi risau bila 'rakan' dia tu selalu dtg waktu malam..huwaaaaaaaaaa siang-siang hari Ummi tak sure sebab nya siang dia kat umah BS dia...weekend pulak kitorang ni jarang ada kat umah dok berjalan jek..tu yg tak perasan sgt...yang perasan bila selalu Ummi tengah masak atau buat keje lain dan Ayah pun sibuk buat hal lain then dia mula la bercakap dengan 'kawan' dia tu..

Kadang-kadang terdengar la dia marah kan 'kawan' dia tu..kadang-kadang dengar dia ajak 'kawan' dia main sama-sama...tak pun dia akan berlawan dgn 'kawan' dia..then apa lagi mula la Ummi menggoogle kan mengenai hal ni..terjumpa la Artikel kat bawah ni dekat sini...

Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak Nampak?
Jangan bimbang, si manja bukan nampak hantu; itu hanya kawan khayalannya!
Oleh Profesor Madya Dr Alvin Ng Lai Oon, Pakar Psikologi Klinikal

“Mama tak boleh duduk sini! Nanti Mama duduk atas Lina!” Aida menegur ibunya Puan Rosnah yang hendak meletakkan punggung di atas sofa di sebelahnya. Si ibu melihat tempat duduk yang kosong dan bertanya, “Siapa Lina?” dengan kening terangkat dan dahi berkerut. - Terpijak "halimunan"

Kanak-kanak kecil kadang-kalanya gemar bercakap sendirian sewaktu bermain trak dan kereta api atau bermain dengan anak patung mereka, yang setiap satu diberi nama seperti manusia. Ada kalanya si manja berbual atau bermain dengan seseorang yang tidak dilihat. Kawan imaginasi atau khayalan anak anda mungkin seorang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, seorang watak ajaib atau fantasi, atau mungkin juga seekor binatang.

Seseorang kawan khayalan boleh berubah mengikut peredaran masa, apabila si manja melalui fasa tertentu dalam hidupnya. Bagi sesetengah kanak-kanak, ‘kawannya’ mungkin datang sesekali atau muncul selang beberapa hari, manakala bagi yang lain ‘kawan’ itu adalah teman sepanjang masa. Anak anda akan melayan ‘kawannya’ seperti melayan kawan sebenar, kawan yang dilihatnya setiap hari dan boleh bermain bersama. Jadi, jangan terperanjat jika si manja memberitahu anda bahawa anda mungkin terpijak ‘kawannya’, atau anda duduk di tempatnya, atau meminta anda menyediakan tempat untuk ‘kawannya’ di meja makan apabila tiba waktu makan.

Adakah si manja anda kesunyian?
Bermain dengan kawan khayalan tidak bermakna anak anda kesunyian. Ia mungkin hanya bermakna si manja seronok bermain dengan seseorang selain kawan SEBENAR yang biasa menjadi teman sepermainannya setiap hari. Kawan khayalan membantu si manja anda berfikir secara lebih kreatif, membolehkan mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berlainan. Ini juga adalah satu cara yang membolehkan anak anda mempraktikkan kemahiran sosial, agar mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin apabila bertemu dengan kawan betul yang sebaya dengan mereka. Ada kalanya, mereka berpura-pura mempunyai kawan khayalan sematamata kerana ingin mempunyai seseorang yang boleh dikuasai dan mengikut telunjuk mereka, lebih-lebih lagi jika semua orang di sekeliling mereka cuba mengawal tindakan mereka. Kawan khayalan mungkin juga bertindak sebagai teman yang boleh dipercayai – tempat mencurah rahsia dan isi hati, kerana anak-anak kecil juga mempunyai isu yang terlalu peribadi atau takut diketahui oleh orang dewasa. Sebahagian daripada proses membesar

Ramai pakar mengakui bahawa kawan khayalan adalah sebahagian daripada norma hidup dan perkembangan kanak-kanak. Kawan khayalan bukan menimbulkan masalah, sebaliknya mereka boleh membantu anak-anak anda menangani beberapa tekanan dalam hidup mereka, dan juga melenyapkan sesetengah daripada ketakutan mereka. Apabila si manja memujuk ‘kawannya’ yang takut gelap, ini mungkin bermakna bahawa anak anda sebenarnya yang takut berada di tempat gelap. Dengan memujuk ‘kawannya’, bermakna si manja juga cuba mengatasi ketakutannya sendiri. Ia juga mungkin bermakna anda terlalu mendesak anak-anak lebih daripada yang sepatutnya, atau mengenakan terlalu banyak peraturan untuk mereka, menyebabkan mereka menyalahkan kawan khayalan mereka apabila mereka berkelakuan buruk atau melakukan kesilapan.

Ambil perhatian!
Si manja mungkin cuba memanipulasi anda menggunakan kawan khayalannya. Ada kalanya, kanak-kanak menggunakan ‘kawan’ mereka untuk mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Kalau anda tak boleh kalahkan mereka, ikut rentak mereka!
Ikut rentak si manja jika anda tidak pasti bagaimana untuk memberi respons kepada kawan khayalannya:
  • Jika si manja tidak mahu berkongsi ‘kawannya’, jangan cuba untuk bermain dengan mereka melainkan anda diminta. Biasanya anda akan diminta menyediakan sesuatu, seperti tempat untuk kawannya makan bersama, atau diminta tidak duduk di kerusi tertentu.
  • Si manja mungkin menggunakan ‘kawannya’ untuk "dipersalahkan" bagi sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan, seperti menumpahkan susu atau memecahkan pasu bunga. Anda boleh mengajarnya dengan memberitahu si manja bahawa kemalangan boleh berlaku dan dia bersama ‘kawannya’ boleh membantu anda membersihkan tumpahan atau memungut serpihan pasu.
  • Cuba beri peluang kepada anak anda untuk bertemu dan bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Jika permainan dan aktiviti bersama mereka cukup menyeronokkan, minatnya terhadap ‘kawan istimewa’ akan beransur-ansur hilang dan si manja lebih suka bercampur gaul dengan budak lain.
  • Jangan memperbodohkan anak anda sekiranya dia mempunyai kawan khayalan, tetapi galakkannya supaya lebih berkawan dengan rakan sebayanya. Menghukum anak kerana mempunyai kawan khayalan boleh membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Kawan khayalan biasanya tidak menimbulkan masalah, dan jika si manja seronok bermain dengan budak lain dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anda dan mereka, tidak ada apa-apa yang perlu anda risaukan. Apabila mereka besar dan mempunyai lebih ramai kawan ‘sebenar’ dan dapat menangani ketakutan mereka dengan lebih baik lagi, kawan khayalan mereka akan hilang dengan sendiri. Seandainya si manja anda terus memilih kawan khayalan sebagai teman bermain daripada menghabiskan masa dengan rakan sebayanya, anda patut renungkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membolehkan anak anda merasai keseronokan bermain dalam kehidupan sebenar.
amacam dah baca sampai habis? Ummi dah baca then Ummi rasa Ummi akan pantau cara Irfan berkawan ni..hai la anak Ummi rasa Irfan tak dak kawan kat umah tu..ermmm kena kasi adik kat Irfan cepat2 la nampak gayanya...semoga Irfan tidak kesunyian selepas ini...semoga Ummi berjaya menambah zuriat lagi...;)

Happy New Year..

DSC07642a
Happy New Year to you!
May every great new day to you
Bring you sweet surprises
A happiness buffet.

Happy New Year to you,
And when the new year’s done,
May the next year be even better,
Full of pleasure, joy and fun.



Bila anak buat perangai..

Assalammualaikum wbt..
DSC08463a
Ummi selalu tertanya-tanya bagaimana kawan-kawan di sini menyelesaikan masalah bila anak dah pandai buat perangai...maklumla Irfan sekarang ni bakal 3 tahun lagi 2 bulan...ermmm Ummi rasa makin lama makin banyak 'perangai baik' yang dia tunjukkan..kadang-kadang terasa kesabaran Ummi di cabar...bila kesabaran Ummi makin menipis mula la Ummi rasa berhangin je satu badan...so sebelum ianya makin parah better Ummi search cara penyelesaiaannya...

so Ummi terjumpa artikel mengenai ANAK BUAT PERANGAI yang di petik dari sini ..mengikut artikel ini yang di tulis oleh Dr M Swamenathan, Pakar Perunding Kanan Psikiatri, anak buat perangai memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 18 hingga 36 bulan. Ianya akan berkurangan apabila mereka mencecah umur empat tahun. uiksss ada lagi setahun untuk Ummi hadapi nya ni...huwaaaaaaa mental dan fizikal kena bersiap sedia ni...hehehe bukan apa better sedia awal kan dari Ummi yang main hentam keromok nak naik hangin..:p

Ok la before kita mencari jalan penyelesaiannya kita perlu la tau mengapa anak-anak kita buat perangai...kita perlu la mengkaji kenapa ianya terjadi..cecewah cakap memang mudah kann ;)...dalam artikel ini juga menyatakan:
Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripada meneroka keadaan di sekeliling, mereka akan membuat perangai. Selain itu, disebabkan kurang kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, anak-anak kecil biasanya tidak dapat memberitahu kehendak dan keinginan mereka. Jadi, bila si manja tidak dapat memberitahu keperluannya kepada anda, (contohnya “ibu, saya lapar”), dia akan naik angin.
hah yang ini tak dapat di nafikan...Irfankan kalau dia cakap tapi Ummi tak faham memang dia akan marah...pastu siap kerut kan kening laa...mulut siap berdecit..'iskk Ummi ni tann...'...hehehe mulut harus muncung laa...then pujuk-pujuk suruh dia paham kan Ummi...kalau Ummi & Ayah still tak paham tang ni dia akan buat perangai..mula la pukul-pukul..hentak-hentak kan kaki dia...huwaaaa manyak sakit ooo...perit wei kalau dia pukul ni...SO macamana nak settle kan?

Ni apa yang di nyatakan dalam artikel tu la kan :
  • Alih perhatiannya. Bawa anak anda ke tempat lain atau tawarkan gantian.
  • Buat dia ketawa. Muka kelakar atau suara lucu boleh membuat si manja lupa sebab dia merajuk.
  • Buat seperti biasa. Berpura-pura dia tidak ada. Jika si manja memanggil anda, buat tidak tahu. Anak kecil anda menangis untuk mendapatkan perhatian. Jadi, bila tidak mendapat perhatian, dia akan menyerah kalah dan berhenti menangis.
  • Buat tidak peduli. Jika semua cara tidak berkesan, usah hiraukan si manja. Bila anda tidak mempedulikannya, dia mungkin berhenti membuat perangai. Tetapi pastikan si manja sentiasa berhampiran anda.
So far kalau dia buat perangai dan time tu mood Ummi tengah baik sure la ada aksi pujuk memujuk..kalau mood Ummi tengah KO...siappp la ko memang kena la tu...tak pun Ummi guna pendekatan biarkan dia menangis nanti dah penat diam la dia...so far berkesan gak yang ni...kang dia tau la Ummi tengah marah...mula la datang peluk cium Ummi..hehehe

Dalam artikel tu ada juga menerangkan pencegahan anak buat perangai...boleh la korang rujuk kat link atas nun...kalau Ummi tak nak Irfan buat perangai Ummi akan pasti kan
  • dia dalam keadaan kenyang sebelum nak keluar kemana-mana.. tak pun bawak kan bekal roti yang dia suka...
  • jangan sesekali bawak dia lalu depan kedai yang penuh mainan...haahhhh harusss dia buat perangai...hehehe
  • dengar & cuba paham kan apa yang dia nak & cuba sampai kan...paham-paham jer la kan anak kecik yang baru mula nk cakap...lain d sebut lain yang d maksud kan...
Semoga para ibu & bapa berjaya menghadapinya ok!
DSC08469a

Irfan & Ustaz Don

Assalammualaikum wbt...

maaf yer agak lama Ummi tak update kat sini...Ummi sangat2 sibuk sekarang ni...sebelum terlewat Ummi nak wish SELAMAT TAHUN BARU 1433H...semoga tahun ini memberi kan seribu pengertian kepada kita...

kat sini Ummi nak share kan pic Irfan dengan idola dia..siapa lai kalau bukan Ustaz Don...hehehe Irfan kalau tengok rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don jgn la kita tukar cerita lain...marah betul dia...sekarang ni kalau berangan sure berangan jadi Ustaz...hehehe siap tunjuk kan jari telunjuk sambil sebut QALAA QALUDDIII...memandangkan dia mudah ikut cara Ustaz so Ummi & Ayah decide utk membeli kan CD Iqra' yg boleh di pasang dalam kereta..so ari-ari Irfan & Iqra' tak dapat d pisahkan...

masuk je kereta dia yg mintak sekarang ni suruh pasang ALIF BA TA...alhamdulillah semoga Irfan cepat menghafaz 1 hari nanti..

Irfan snap
ni Irfan yang snap sendiri tau guna camera Ummi...mula-mula ingat kan apa la gamba kerusi yg d ambil nya...sekali tu pic yg last sekali tu rupanya dia nak ambil gambar Idola dia...hehehe


Irfan & Idola
bukan main seronok lagi dia dapat bergambar dengan Ustaz Don...maklum la selama ni tengok kat TV je kann...;)


gaya Idola
ni kes berangan jadi Ustaz la ni...siap pakai serban lagi tu...hahaha padahal tuala je pun..

Salam Aidiladha

Assalammualaikum wbt

Salam Aidiladha
Selamat menyambut Aidiladha kepada semua pembaca blog Irfan.

peminat buku...

Assalammualaikum wbt...

Siapa di sini peminat buku?? tak kira la apa jenis buku bacaan pun..Ummi adalah salah seorang peminat buku dan sangat suka membaca...so Ummi terap kan minat membaca ini dekat Irfan...Oh ye Ummi pernah juga membuat entry mengenai Tips Menggalak Anak Membaca...kalau siapa yang berminat boleh la click kat link ni ye..;) sharing is caring...ilmu jangan di simpan harus d kongsi bersama-sama...betul tak..???

memandangkan sejak dari usia 8 bulan Ummi dah mula bg Irfan membelek majalah...kemudian usia 9 bulan Ummi dah beli kan Pillow Book untuk dia...then berterusan la Ummi membuat koleksi buku Irfan..selain buku-buku Disnesy Magic English yang memang telah memenuhi rak buku Irfan...;)

061120091464
mula-mula belek map dulu yer..;)

101120091486
pastu belek majalah..

131120091497
makin memberi tumpuan pada gambar yang ada..

150420102613
mula-mula dapat PILLOW BOOK d buatnya tempat baring..;)

180420102658
makin seronok suruh Ummi baca Shrek..

180420102687
dh mula nk baca sendiri tak bagi Ummi baca kan..:D

DSC03111
makin bertambah minat pada buku..

Ummi pun pernah bawak Irfan ke Kedai Buku Popular...punya la excited dia tengok buku-buku yang ada...Ummi bawak dia ke bahagian kanak-kanak then suruh dia pilih sendiri buku yang dia minat...best tau tengok reaksi muka dia...teruja betul dia memilih buku time tu...sampai ada pembeli lain pun tersenyum dan tergelak tengok aksi...hehehe...
DSC02987
Excited nak pilih sendiri buku

DSC02986
dah dapat buku pujaan terus ajak balik

memandangkan Ummi dah memang terap kan sikap suka membaca ni kan, Irfan bukan sahaja minat pada buku cerita even kalau dia membelek menu kat kedai-kedai pun macam kan paham jer apa yang tertulis kat menu tu...hahahaha pastu siap tunjukkan jari 1 dia kata 'nak ni'...

161220091801
menu di Kenny Rogers

DSC02901
menu kat Secret Recipe

kalau membelek album pulak bersungguh-sungguh dia tunjuk dan perkenal kan orang yang ada dlm album tu...;) Ummi betul2 enjoy dengan aktiviti bersama Irfan dengan buku ni...
DSC06716
belek album sendiri

DSC07270
menambah lagi koleksi buku yang ada..

Oh ye sebelum Ummi lupa, Ummi nak share la pada semua mengenai JUALAN BUKU TERBESAR yang di anjur kan oleh BIG BAD WOLF
Time
Friday at 10:00am - October 16 at 9:00pm

Location
MAEPS Serdang, Hall A, Maeps Malaysia Agro Exposition Park Serdang, 43400 Serdang, Selangor
More Info
7th - 16th October 2011

The Biggest Book Sale in the WORLD!!!

1.5 Million Books!!!

75-95% Discount on all books!



For more exciting new, info, FREEBIES AND PRIZES, check out the following pages:

http://facebook.com/bbwbooks

http://bigbadwolfbooks.com/
Jom kita pergi...;)

Anak tak nak makan sayur...

Assalammualaikum wbt...

Siapa ada masalah nak bg anak-anak makan sayur? sila click2 ye..;) hehehe Ummi pun ada masalah nak bg Irfan makan sayur..uhukss...sekarang ni dia dah pandai cakap "Ami nanak ayur"...dulu time Irfan sebelum 2 tahun, dia suka makan sayur..kalau bg bayam tu siap hisap2 lagi..lobak pun dia suka..tapi laaa ni sejak dah pandai 'demand' ni dia pulak yg cakap tak nak sayur...

Puas Ummi pikir sejak bila pulak Irfan tak nak sayur ni kan..ermmm kalau tengok pic2 lama dia sure setiap kali bg dia makan memang Ummi letak sayur...

page

Lama gak Ummi dok memikir kan..tup tup bila dia makan dengan Acu (adik Ummi yg bongsu) dia tiru gaya Acu dia yg memilih tak nak makan sayur..huwaaaaaaaaa patut ler anak bujang ku tak nak makan sayur lagi...Acu dia tak makan sayur so dia pun tak nak makan sayur..jenuh Ummi nak perbetul kan balik hingga Ummi paksa Acu dia makan sayur...hehehehe tapi still lagi dia tak nak makan sayur...isk isk dia dah pandai pilih la tu...aduhai camno nak buat ni...??

Artikel kat bawah ni mengajar bagaimana membentuk selera pemakanan anak yang tidak memilih..
Posted on Aug. 8th, 2011 by UMMU_ABDULLAH

Ajar Anak Makan Sayur
Alhamdulillah, anak saya selepas umur 2 tahun masih makan pelbagai sayur-sayuran dan jarang memilih dalam pemakanannya. Ini adalah anak kedua saya. Saya belajar daripada anak sulung saya yang mana ketika umurnya 2 tahun, tidak semua makanan mahu dijamah. Sehingga kini, anak sulung saya lebih gemar biskut atau roti berbanding nasi, lauk-pauk atau sayur-sayuran.

Jadi bagaimana ingin membentuk selera pemakanan anak yang tidak memilih?
Ketika anak berumur 6 bulan, kebiasaannya ibu bapa sudah mula memberikan makanan pejal kepada anak. Sebaiknya dimulakan dengan makanan yang dikisar terlebih dahulu. Kemudian, barulah makanan yang dilenyek lembut dan makanan pejal yang lain. Sejak awal lagi, ibu bapa haruslah menanamkan kepada anak bahawa sayur adalah makanan yang pentng bagi tumbesarannya. Oleh sebab itu, kebiasaannya para ibu memberi anak lobak merah atau ubi ketika ini.

Ketika usia anak menjangkau 1 tahun setengah, pastikan pemakanan anak tidak berubah. Sayur tetap menjadi pilihan pertama dalam mana-mana menu makanan. Selain menyediakan rutin makanan yang sama (terdapat sayur-sayuran), cuba elakkan untuk bercakap tentang makanan yang sedap dan tidak sedap ketika makan. Hal ini akan memberi kesan kepada anak. Anak cederung mengikut kata-kata yang kita keluarkan. Malahan, jika ibu bapa kurang makan sayur-sayuran, pastikan anak tidak mengetahui hal tersebut di awal usianya.

Sentiasa ceritakan kepada anak tentang kelebihan sayur-sayuran dan makanan-makanan lain yang dimakannya. Bukanlah saya bermaksud tidak memberi makanan lain selain sayur-sayuran. Saya cuma fokuskan kepada sayur kerana kebiasaan anak akan menjauhi sayur. Sebenarnya sama seperti makanan-makanan lain. Biasakan anak merasa pelbagai jenis makanan agar lidahnya terbiasa dengan pelbagai rasa. Tidak hanya dengan satu atau dua rasa sahaja. InsyaAllah anak akan bersedia untuk menjamah makanan yang baru ditemuinya dengan mudah.

Selain itu, sekiranya masa makan telah tiba, elakkan daripada memberi anak minuman jus atau minuman yang mengandungi lemak seperti susu terlebih dahulu kerana ia akan membuatkan anak cepat kenyang dan mudah baginya untuk mengelak daripada menjamah makanan yang terhidang. Seperti sunnah yang dibawa oleh Rasulullah, cubalah untuk memberi anak makan terlebih dahulu, kemudian barulah diberikan air kepadanya.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak artikel ini mampu membantu kita membuka semula selera anak yang sukar menjamah makanan lain selain kegemarannya sahaja.
Ummi juga menggoogle tips mengajar anak makan sayur..meh kita baca sama-sama yer mana la tau kan kita boleh menggunakan tips yg ada ni..;)
Saturday, 23 October 2010 16:44 ummuuswah

Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah macam kakak Hasanah.

1. Ibubapa sebagai contoh
Anak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.

2. Kreatifkan Hidangan
Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.

3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anak

a. Hijau
Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).
Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium
Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.

b. Merah
Mengandungi likopen dan asid elagik.
Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.
Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.

c. Kuning-jingga
Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin
Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.

d. Putih
Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin
Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim
Sumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,

e. Biru-ungu
Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.
Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.
Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.

4.Libatkan Mereka
Libatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.

Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card. Mengajar anak ketika kecil adalah seperti membuat ukiran di atas batu.

Selamat mencuba. Saya doakan agar cita-cita anda menjadi kenyataan. Amin.
berdasar kan tips kat atas ni kan, tips no 1 tu memang tak dak masalah sebabnya sayuran adalah menu wajib kat rumah Ummi...ermmm kalau tips no 2 tu Ummi kena belajar lagi la bagaimana nak menyediakan hidangan yg lagi menarik dan tertarik...tips no 3 tu rasa nya kalau terangkan kat Irfan sure dia buat muka tak paham...hehehe tips no 4 Ummi akan pastikan selepas ini dia ikut sekali pilih sayur..;)

semoga Ummi berjaya mengajar Irfan makan sayur semula!!!
DSC03163

Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa...

Assalammualaikum wbt...

DSC06213
Siapa kat sini ada yang mengalami masalah dengan anak-anak yang nakal, degil dan suka melawan ekk?? sila click-click kat iklan tu ye...hehehe bukan apa sebagai ibu bapa, sure la masalah yang begini akan membuat kan hati kita tak keruan kann...lagi-lagi bila ada mulut-mulut orang lain dah menyebut "nakal nya anak ko ni"..."isk apesal anak ko degil sangat ekk"..."kalau anak aku sure dah kena cili mulut tu. kuat melawan betul anak ko"...

dalam hati kita sebagai ibu bapa serba sedikit pasti nya tersentuh kan..isk macam kita ni tak pandai nak mengajar anak la pulak kan..ermmm so Ummi rasa kan sebelum ummi terdengar dialog-dialog d atas d lontar kepada Irfan better Ummi mencarik info bagaimana nak mengatasi masalah ini...then Ummi terjumpa la artikel ni kat Darussyifa' website...
Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Doa Jumak 1

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.


Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Doa Jumak 1
Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.

Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.

Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.

Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.

Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri

1. Doa Bersetubuh
Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.
Doa Jumak 1
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

2. Doa ketika hampir keluar mani
Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.

Doa Jimak 2

Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)

Wallahu’alam
mari la kita sama-sama mengamal kannya...semoga anak-anak kita nanti menjadi anak yang taat dan mendengar kata...

230620113463

i miss him...

Assalammualaikum wbt...

lama betul Ummi tak update cerita Irfan kat sini kann...Ummi terlalu sibuk dengan urusan hingga terabai cerita Irfan d sini...apa yang Ummi boleh kongsi kan di sini Irfan telahh kehilangan Atok tersayang seminggu sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan yang mulia...Irfan memang rapat sangat2 dengan arwah Atok...setiap hari memang Irfan menemani Atok breakfast...kalau 1 hari Irfan tak datang Atok akan mula bertanya kenapa tak datang...

TAPI kini semuanya tinggal kenangan...bila tanya Irfan mana Atok? dia akan jawab 'Atok akit..Atok kena ikat masuk van..' ermmm time raya ari tu Ummi ada bawak Irfan ziarah kubur Atok...Irfan siap duduk sambil tangan menadah doa...mulut terkumat kamit...tak tau la apa doa yg d baca...mungkin dia tiru cara ayah & Ummi kot..;)

So Ummi terangkan kat dia kat dalam ni Atok..mula-mula dia macam tercengang...dia kata 'TAK!! Atok akit'...bila terangkan betul2 baru la dia ckp ..'Ooooo Atok alam ubur ye Mi?'...'Ye sayang Atok kat dlm ni..Irfan doa kan Atok tau..'...'Ok Mi..'

i miss him

Latih anak ke tandas

Assalammualaikum wbt..


Sekarang ni Ummi dalam proses melatih Irfan ke tandas memandangkan Irfan sudah hampir 2 tahun 4 bulan...so latihan perlu d mula kan sekarang...hehehe melatih Irfan ke tandas untuk membuang air kecil dan air besar memang cukup mencabar kesabaran Ummi..pada mula nya kan Ummi macam belum bersedia nak melatih Irfan ke tandas bukan apa hehehe Ummi rasa kan belum waktu yg sesuai..tetapi dalam bulan lepas bila waktu menukar lampin nak tidur, lampin sedia ada tak basah langsung dan Irfan sure bgtau 'Ummi nak encing'...dari situ la setiap kali nak tidur Ummi make sure Irfan buang air kecil dulu...TAPI Irfan still tidur pakai lampin hehehe Ummi ni kan 'rajin' sgt nak mengemas..:)

last weekend lak Irfan dh mula belajar buang air besar...memang lawak bila dia kata nak buang air kecil sekali tu dia g buang air besar pulak...dia pun terkejut hehehe terus berdiri..start ari tu time dia nak buang air besar sure dia cakap...tapi kalau kat rumah nenek dia tak nak ke toilet..time kat rumah je dia nak..maybe dia rasa tak selesa kot..

kat sini Ummi nak share kan tanda-tanda anak kita bersedia ke tandas

Skil Bahasa
  • Mampu mengikut arahan (cth: “Tanggal seluar, pergi ke tandas.”) - alhamdulillah so far ajak ke toilet memang dia ikut je la..kadang2 tu je dia konar ke tempat lain...;)
  • Bercakap dua patah perkataan (cth:"babai yak", “jom yak”) - Irfan dh mula cakap "Ummi nak encing".."Ummi nak yak"..so ummi kena cepat bertindak bila dia ckp macam tu..;)
Skil Kognitif
  • Meniru perbuatan orang dewasa (cth: menyapu lantai) - yang ni tak yah cakap la...semua kerja yag ummi buat sure dia nak buat..lipat baju la...vacuum laa...mop lantai laa..sidai baju laa...yg belum basuh pinggan mangkuk jek...hehe sebab sinki tinggi dia tak sampai lagi..
  • Memahami sebab dan akibat (cth: kalau kencing, seluar basah) - Irfan ni seorang yang penggeli..memang tak suka dgn kotor-kotor ni so senang skit la nak ajar dia ni..:D
Skil Emosi
  • Suka mendapat pujian dengan mengikut arahan anda - alhamdulillah kalau puji sengih je dia..pastu cakap "acih mi"..kadang-kadang ikut arahan kadang-kadang tak...
  • Menunjukkan bantahan, tidak patuh kepada arahan anda - betul2..kadang-kadang siap suruh "Ummi diam"
  • Cuba untuk berdikari dalam aktiviti seharian (cth : berkeras untuk makan sendiri, cuba menanggalkan seluar sendiri) - ni memang kerja dia bukak diapers sendiri, pergi toilet sendiri, cuci sendiri...semua nak buat sendiri...
  • Bangga dengan kepunyaan sendiri (“adik punya” dan “yak adik”) - dia selalu sebut "ni Ipan nya" kalau kita tanya ni siapa punya..
  • Suka mengikut dan melihat anda atau kakak/abangnya ke tandas. - ooooopsss Irfan tak dak abang atau kakak...:p
Skil Motor
  • Boleh berjalan dengan baik - konpem...berlari pun sudah...:)
  • Boleh menanggalkan seluar sendiri - boleh dah..diapers pun bukak sendiri...
  • Boleh berdiri tegak 5 minit tanpa bantuan - uhukss tak reti nak dok diam lagi tu..
  • Boleh menahan kencing dan berak (lampin akan kering lebih 2 jam tetapi bila basah, basah dengan banyak sekali) - ni dia berjaya sebab kalau tukar time mandi petang then nak tidur diapers still kering...
  • Buang air besar pada masa yang sama hampir setiap hari - hehehe yesss setiap pagi...setiap tengahari atau petang atau malam...tengok apa jenis makanan yg dia makan..
Penjagaan Badan
  • Tidak selesa dengan lampin yang basah atau bernajis - Irfan seorang penggeli cepat je dia nak tukar
  • Tidak mahu memakai lampin dan suka menanggalkannya - ha'ah betul tu laju jek tangan tu bukak diapers
  • Meminta untuk menggunakan kerusi ‘potty’ - ni belum lagi sebab Ummi tak beli lagi pun..eh nak kena beli ke..?
  • Menunjukkan ekspresi muka, badan, perbuatan atau percakapan jika mahu buang air. (cth: akan pergi ke satu sudut tertentu di rumah) - Irfan suka menyorok kalau buang air besar..muka sure berkerut..
blues
pssst pssst ibu bapa kena ada 4 K tau...
  1. KESABARAN
  2. KERJASAMA
  3. KEYAKINAN
  4. KONSISTEN