Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Tips Mengajar Anak Solat

Assalammualaikum wbt..

sekian lama Umi tak bersiaran di sini...akhirnya hari ni terasa ingin mengubat kerinduan untuk mencoretkan sesuatu di sini...apa khabar kalian?...Alhamdulillah Umi & keluarga sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik...
hari ini Umi nak berkongsi kan artikel mengenai Tips Mengajar Anak Solat...
Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."

Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
- saban hari Umi berdoa semoga Irfan menjadi anak yang soleh...mudah mudahan doa yang kita baca kan setiap hari di makbulkan...amin

Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"

umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.

Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat." Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat

Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"

Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
- Alhamdulillah dah mula nampak kesan ni..TAPI kena ingat bukan mudah seperti yang kita bayangkan...hari hari kena bagi nasihat...hari hari kena ajak dia solat sekali...hari hari kena bagitau apa yg buleh apa yang tak buleh...semoga ianya akan menyerap ke hati anak2 kita..

Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
·Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.

·Sesekali ajaklah mereka ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.

·Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.

·Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.

·Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.

·Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.

·Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.

·Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.

·Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.

·Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
- InsyaAllah tahun depan Ummi akan praktikkan pula tips yang ini...
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"

Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.

Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.

Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat

Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!

Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
- semoga Umi sabar & istiqamah dalam mengajar Irfan bersolat...

Anak tak nak makan sayur...

Assalammualaikum wbt...

Siapa ada masalah nak bg anak-anak makan sayur? sila click2 ye..;) hehehe Ummi pun ada masalah nak bg Irfan makan sayur..uhukss...sekarang ni dia dah pandai cakap "Ami nanak ayur"...dulu time Irfan sebelum 2 tahun, dia suka makan sayur..kalau bg bayam tu siap hisap2 lagi..lobak pun dia suka..tapi laaa ni sejak dah pandai 'demand' ni dia pulak yg cakap tak nak sayur...

Puas Ummi pikir sejak bila pulak Irfan tak nak sayur ni kan..ermmm kalau tengok pic2 lama dia sure setiap kali bg dia makan memang Ummi letak sayur...

page

Lama gak Ummi dok memikir kan..tup tup bila dia makan dengan Acu (adik Ummi yg bongsu) dia tiru gaya Acu dia yg memilih tak nak makan sayur..huwaaaaaaaaa patut ler anak bujang ku tak nak makan sayur lagi...Acu dia tak makan sayur so dia pun tak nak makan sayur..jenuh Ummi nak perbetul kan balik hingga Ummi paksa Acu dia makan sayur...hehehehe tapi still lagi dia tak nak makan sayur...isk isk dia dah pandai pilih la tu...aduhai camno nak buat ni...??

Artikel kat bawah ni mengajar bagaimana membentuk selera pemakanan anak yang tidak memilih..
Posted on Aug. 8th, 2011 by UMMU_ABDULLAH

Ajar Anak Makan Sayur
Alhamdulillah, anak saya selepas umur 2 tahun masih makan pelbagai sayur-sayuran dan jarang memilih dalam pemakanannya. Ini adalah anak kedua saya. Saya belajar daripada anak sulung saya yang mana ketika umurnya 2 tahun, tidak semua makanan mahu dijamah. Sehingga kini, anak sulung saya lebih gemar biskut atau roti berbanding nasi, lauk-pauk atau sayur-sayuran.

Jadi bagaimana ingin membentuk selera pemakanan anak yang tidak memilih?
Ketika anak berumur 6 bulan, kebiasaannya ibu bapa sudah mula memberikan makanan pejal kepada anak. Sebaiknya dimulakan dengan makanan yang dikisar terlebih dahulu. Kemudian, barulah makanan yang dilenyek lembut dan makanan pejal yang lain. Sejak awal lagi, ibu bapa haruslah menanamkan kepada anak bahawa sayur adalah makanan yang pentng bagi tumbesarannya. Oleh sebab itu, kebiasaannya para ibu memberi anak lobak merah atau ubi ketika ini.

Ketika usia anak menjangkau 1 tahun setengah, pastikan pemakanan anak tidak berubah. Sayur tetap menjadi pilihan pertama dalam mana-mana menu makanan. Selain menyediakan rutin makanan yang sama (terdapat sayur-sayuran), cuba elakkan untuk bercakap tentang makanan yang sedap dan tidak sedap ketika makan. Hal ini akan memberi kesan kepada anak. Anak cederung mengikut kata-kata yang kita keluarkan. Malahan, jika ibu bapa kurang makan sayur-sayuran, pastikan anak tidak mengetahui hal tersebut di awal usianya.

Sentiasa ceritakan kepada anak tentang kelebihan sayur-sayuran dan makanan-makanan lain yang dimakannya. Bukanlah saya bermaksud tidak memberi makanan lain selain sayur-sayuran. Saya cuma fokuskan kepada sayur kerana kebiasaan anak akan menjauhi sayur. Sebenarnya sama seperti makanan-makanan lain. Biasakan anak merasa pelbagai jenis makanan agar lidahnya terbiasa dengan pelbagai rasa. Tidak hanya dengan satu atau dua rasa sahaja. InsyaAllah anak akan bersedia untuk menjamah makanan yang baru ditemuinya dengan mudah.

Selain itu, sekiranya masa makan telah tiba, elakkan daripada memberi anak minuman jus atau minuman yang mengandungi lemak seperti susu terlebih dahulu kerana ia akan membuatkan anak cepat kenyang dan mudah baginya untuk mengelak daripada menjamah makanan yang terhidang. Seperti sunnah yang dibawa oleh Rasulullah, cubalah untuk memberi anak makan terlebih dahulu, kemudian barulah diberikan air kepadanya.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak artikel ini mampu membantu kita membuka semula selera anak yang sukar menjamah makanan lain selain kegemarannya sahaja.
Ummi juga menggoogle tips mengajar anak makan sayur..meh kita baca sama-sama yer mana la tau kan kita boleh menggunakan tips yg ada ni..;)
Saturday, 23 October 2010 16:44 ummuuswah

Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah macam kakak Hasanah.

1. Ibubapa sebagai contoh
Anak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.

2. Kreatifkan Hidangan
Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.

3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anak

a. Hijau
Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).
Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium
Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.

b. Merah
Mengandungi likopen dan asid elagik.
Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.
Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.

c. Kuning-jingga
Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin
Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.

d. Putih
Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin
Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim
Sumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,

e. Biru-ungu
Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.
Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.
Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.

4.Libatkan Mereka
Libatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.

Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card. Mengajar anak ketika kecil adalah seperti membuat ukiran di atas batu.

Selamat mencuba. Saya doakan agar cita-cita anda menjadi kenyataan. Amin.
berdasar kan tips kat atas ni kan, tips no 1 tu memang tak dak masalah sebabnya sayuran adalah menu wajib kat rumah Ummi...ermmm kalau tips no 2 tu Ummi kena belajar lagi la bagaimana nak menyediakan hidangan yg lagi menarik dan tertarik...tips no 3 tu rasa nya kalau terangkan kat Irfan sure dia buat muka tak paham...hehehe tips no 4 Ummi akan pastikan selepas ini dia ikut sekali pilih sayur..;)

semoga Ummi berjaya mengajar Irfan makan sayur semula!!!
DSC03163

berus gigi & berkumur..

Assalammualaikum wbt..

Ummi tengah mencari info bagaimana nak ajar Irfan berkumur selepas memberus gigi...ermmm susah gak ekk nak ajar anak sekecil Irfan berkumur...Ummi tak tau bagaimana cara yang betul mengajar anak umi berkumur...bila umur suruh ikut cara ummi berkumur..dia akan telan air tu..dah telan baru dia nak buang..hasihh camno tu..?ada tak sesiapa di sini yang tau cara nak ajar anak seperti irfan berkumur..?meh share dengan ummi at least ummi leh ajar irfan cara yang betul..

ketika ummi dok menggoogle info mengenai gigi maka ummi terjumpa artikel ni di sini..

Kenapa gigi perlu diberus?
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting?
Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:
  • Mencegah penyakit gusi - Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?
  • Untuk bayi - Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.
  • Untuk kanak-kanak - Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
  • Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
  • Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas:
  • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
  • Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

selepas puas menggoogle ummi still belum jumpa artikel mengajar cara-cara berkumur dengan betul..uhuksss nampak gayanya ummi kena sama-sama berkumur depan irfan sampai la irfan boleh berkumur sendiri kan..

jom layan pic irfan tayang gigi...;)

Tips menggalak anak membaca...


assalammualaikum!!

hari ini ummi ingin berkongsi artikel yang ummi baca dari sini mengenai cara menggalakkan anak-anak membaca....

Membaca Bersama Anak Anda
Oleh Woo Pei Jun, Pakar Psikologi Perkembangan

Seperti yang anda tahu, membaca merupakan kemahiran yang penting untuk anak anda dalam tempoh pembesarannya. Selancar mana dia membaca akan membantunya menentukan cara berkomunikasi, memahami dan belajar.

Selain daripada menunggu sehingga anak anda menjejaki alam pra-sekolah, mulakanlah proses pembacaan kepadanya terlebih dahulu. Dia mungkin tidak dapat memahami pada peringkat awal, tetapi sekiranya anda meluangkan masa bersamanya bermain dengan huruf-huruf dan perkataan, dia akan membesar dengan minat membaca!

- betul2..ummi setuju sangat2..heheh teringat ketika irfan baru 9 bulan ummi dah beli kan buku...hehehe yang dia tau masukkan buku dalam mulut...maka jangan laa ibu2 di luar sana putus asa pula ye...perlahan2 kita pupuk minat membaca ni...:)
Adakah anda tahu?
Walaupun membaca dianggap sebagai aktiviti visual, sebenarnya kesemua deria anak anda terlibat ketika mempelajari kemahiran ini.

Ketika masih dalam kandungan, anak anda boleh mendengar suara anda dan akhirnya dia boleh belajar untuk mengaitkan perkataan yang disebut dengan tandatanda bertulis.- sejak ummi mengandung memang ummi selalu berdialog dengan irfan...sambil2 tu ummi mengaji dan berzikir...

Latih anak anda mengenali huruf-huruf menggunakan jarinya dengan memberikan abjad yang terdapat dalam pelbagai tekstur, contohnya melekat kertas pasir atau kad keras di atas kertas lukisan; atau gunakan pelapik mainan berbentuk huruf.- ummi ada belikan irfan pelapik mainan yang berbentuk huruf dan nombor...mula-mula irfan dok patah-patah kan huruf2 tu...aduhaii sayang la pulakkan so ummi jadikan lapik tempat irfan main...sambil2 tu tunjukkan sekali abjad2 dan nombor2 tu dalam bentuk nyanyian so irfan excited la nak tunjuk2...:D
Di bilik mandi dan dapur, bacakan label untuknya dan biarkan dia menghidu bau buah-buahan, bahan perasa dan alatan mandian.- kalau di bilik mandi ummi suka buatkan buih2 sabun sambil2 sabun kan badan irfan....lepas tu sebut kan "wanginyaaaa"...irfan kalau sebut dia wangi sure lagi excited dia sental badan...hehehe...kalau berus gigi pulak ummi suka join skali irfan berus gigi so bila dia tengok kita gosok dia pun nak gosok gigi jugak...tu yang buatkan mandi dengan irfan boleh jadi lama :p kat area dapur jek ummi belom praktikkan...sebabnya irfan kalau kat dapur sukaaa sangat selongkar kabinet dapur...siap keluarkan periuk2 buat gendang...klunk klank klunk klank...isk
Apabila anak anda semakin besar, minta pertolongannya untuk menyalin resipi, tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan biarkannya merasa apabila perlu. Bantunya mencari maklumat di perpustakaan dan internet tentang asal-usul bahan-bahan masakan eksotik.- hah yang ini sory ye ummi belum pernah praktik kan...hehehe memandangkan irfan belum boleh menulis kan...:D
Aktiviti: Cakap seperti saya
Untuk umur: 1 tahun
Apa yang diperlukan: Buku atau carta abjad-abjad (anda boleh buat sendiri dengan menggunakan pen berwarna dan kertas)

Apa yang dilakukan: Namakan setiap huruf yang anda tunjukkan. Kemudian, pamerkan gambar atau objek yang bermula dengan huruf tersebut. Semakin dia membesar, galakkannya mengulangi percakapan anda dan membentuk ayat mudah menggunakan setiap huruf.

- ummi dah praktikkan kat irfan TAPI dia jenis yang cepat bosan maka kena berselang seli dengan aktiviti lain...so far belum nampak lagi perubahannya...insyaAllah ummi akan teruskan usaha supaya irfan dapat menggunakan huruf2 tu untuk membentuk ayat...sabar ye ummi...;)

Aktiviti: Nyanyi bersama saya
Untuk umur: 2-6 tahun
Apa yang diperlukan: Puisi berirama kanakkanak/ Lagu kanak-kanak

Apa yang dilakukan: Bacakan puisi atau lagu secara kuat sambil bertepuk tangan mengikut rentak. Kemudian, jika boleh, ajak anak anda mengikutinya sekali. Lagu seperti “ABC” dan “1,2,3,4,5,Once I Caught A Fish Alive” juga boleh membantu anak anda untuk mengingati abjad dan asas mengira.

-yeahhh yang ini memang favourite irfan...aduhhh siap berjoget2 lagi tu...kalau ummi pasangkan lagu ABU ADA AYAM sure irfan akan sambut yang ujung tu...part ni memang enjoy tau...:D






tips anak-anak tidur lena...

Assalammualaikum wbt...
ummi nak tanya la pembaca blog irfan ni yang mempunyai anak lebih kurang sebaya irfan la kan...ada tak korang bermasalah untuk memastikan anak kecil seperti irfan mendapat tidur yang lena...? ermmm sebenarnya ummi rasa irfan ni macam susah jek nak dapatkan tidur yang lena...so ummi mula mencari info pasal ni kan so hari ni ummi nak berkongsi tips mengenai tidur yang lena untuk anak-anak seperti irfan...artikel ni ummi ambil dari RATUHATI ..

mari kita baca then kita rujuk kepada anak kita adakah tips ini telah atau boleh di guna pakai ye...;)

Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri? {mosimage}KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.
- ermmm irfan so far kat rumah ibu, dia akan tidur dari pukul 2 hingga 5 petang...kat rumah ummi dia akan tidur pukul 11 malam hingga 7 pagi..alamak!! tak cukup tidur rupanya anak ummi ni...haishh...

Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.
- yang ni kalau dia mengantuk sangat sure dia akan mintak di tidurkan..tapi macam susah jek nak tengok dia mengantuk ni...

Cahaya mentari sebagai loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.
- sebelum irfan 2 tahun kalau bangun pagi dia akan bangun sendiri let say time kerja kan ummi akan angkat dia perlahan2 then dia akan sambung tidur dalam kereta..kadang-kadang dia akan bangun sendiri time ummi dan ayah solat subuh...tapi laa ni kena di kejutkan sebab ummi nak make sure dia mandi sebelum pergi ke rumah nenek...so maksudnya irfan akan bangun dalam pukul 7 pagi..

Persekitaran tidur selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.
- gelap memang wajib kalau terang sure dia akan leka bermain lagi...nak tidur wajib juga tukar baju sebabnya sebelum tu dia akan main sampai berpeluh2 sampai masyam bila di cium...:p

Persekitaran yang selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.
- ooo yang ni lak memang tilam tu akan di kemas setiap hari sebelum pergi kerja makanya cadar akan tegang sebelum irfan tidur balik..

Ajar anak cara tidurkan dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
- aduhai ini laa dia masalah besarnya bila irfan tak reti nak tidur sendiri ni...ermmm kena sumbat dengan nenen baru dia akan tidur..camno ekk...?

Tetapkan rutin tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
- irfan selagi tak tutup lampu selagi tu laaa dia akan leka bermain makanya ayah selalu suruh tutup lampu dalam pukul 10 tapi tu laaa still dia tak tidur juga...alahai...

Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.
- ooooo yang ni memang ibu akan paksa irfan tidur...

Makanan yang betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
- irfan punya waktu makan malam pukul 8..lepas makan malam memang bukan amalan ayah dan ummi bagi irfan makan so rasanya tak da masalah tang ni...

Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.
- aktiviti fizikal tu rasanya tak berhenti sampai time nak tidur...bertuah betul irfan ni kan..

Gangguan teknologi
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.
- yang selalu terpasang adalah televisyen...maybe ini puncanya kot...kena tutup laaa kalau nak suruh dia tidur ekk...

Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas.
Sumber: komuniti_oku @ googlegroups

jom kita layan piccas irfan ketika tidur...hehehe ummi paling suka ambil gamba dia time tidur..rasa tenang jek tidurnya itu...



tapi bila dia sedar terus buat muka ni...