Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

dugaan demam ON OFF...

click pic for link
assalammualaikum.....

hari ni ummi nak kongsi cerita mengenai demam ON OFF irfan...even kisah ini bermula pada NOV tahun lepas dan berakhir awal JAN tahun tapi ianya masih lagi kuat di ingatan ummi...

ermmm pada AidilAdha tahun lepas irfan mengalami demam mengejut...kerana hari sebelumnya elok je irfan bermain dan suddenly pukul 3 pagi suhu irfan naik ke 39...so selepas solat sunat Aidiladha ayah bawa irfan ke klinik then doc masuk kan ubat punggung...selepas 2 hari demam irfan kembali pulih seperti biasa....ummi ingat demam biasa maklum la last sekali irfan demam time umur dia setahun so agak lama dah irfan tak demam...

selepas 2 minggu irfan demam semula...ketika itu irfan berada di kampung menghantar nenek yang baru pulang menunaikan fardu haji...bermula la episod irfan demam yang berulang....selang seminggu irfan sure akan demam...pertengahan december irfan mula ikhtiar kan cara lain selain dari berjumpa doctor...ini kerana irfan akan mula demam ketika maghrib dan ketika subuh...suhu irfan time tu terus naik hingga 39.8...

ummi mulakan ikhtiar dengan meletakkan tasbih d badan irfan ketika irfan demam dan yang pastinya tasbih akan ligat berputar...menentukan ada yang tak kena dengan irfan...maka ummi amalkan bacaan al Fatihah dan bacaan ayat kursi....sambil niat di dalam hati agar irfan pulih seperti dulu...di samping itu juga ummi bawa irfan berjumpa dengan Ustaz Alfian untuk mengeluarkan 'benda' yang berada di dalam badan irfan...

ummi teringat ketika kali pertama nak bawa irfan berjumpa dengan Ustaz Alfian banyak sangat halangan dan dugaannya...di mana ketika di dalam kereta irfan mengamuk tak tentu pasal...bila dah sampai ke tempat ustaz, Ustaz Alfian pula tiada yang ada hanya la perawat dia sahaja...ketika perawat membaca kan ayat2 ruqiyah tiba2 alarm kereta adik ummi pula berbunyi bukan sekali tetapi 3 kali...setiap kali berbunyi bila cek tiada apa2...betul2 dugaan...

selepas pulang dari jumpa perawat tu ummi rasa makin sayu bila melihat irfan yang makin letih dan lesu...badan irfan mula susut...dari yang ceria menjadi orang yang dalam kesedihan...dan malam itu juga ummi menitik kan air mata...tidak tertanggung lagi hati ummi melihatkan keadaan irfan...dan pada malam itu juga nenek irfan menyaran kan agar ummi yang usaha sendiri mengeluarkan 'benda' itu...dan ummi mulakan dengan zikir la'ilahaillahh sebanyak 1000 kali dan membaca ayat kursi sebanyak 3 kali serta niat untuk mengeluarkan 'benda' itu...ummi menutup mata ketika berzikir dan membaca ayat kursi dan bayangan irfan meminta diri di lepaskan dari longgokan ular2 yang berbelit d badan...masyaAllah terkejut ummi...selepas habis baca ayat kursi, ummi mula membaca surah YUNUS ayat 81-82 sambil tangan ummi mengusap kepala hingga ke kaki irfan bagai kan mengeluarkan 'sesuatu'...

alhamdulillah malam tu dan subuh esoknya irfan tidak lagi demam...hari berikutnya pula ummi memasang mp3 ayat-ayat ruqiyah bagi irfan dengar...ummi juga bawa irfan berjumpa dengan Ustaz Alfian...alhamdulillah sejak itu irfan tidak lagi demam...namun pada akhir December selepas pulang dari bercuti di PD bersama dengan keluarga ayah irfan demam semula...Ya Allah dugaan betul...

kebetulan pada 1hb Jan 2011 ummi berjumpa dengan sahabat ummi di Bagan Lalang dan ketika itu ibu mertua dia pun ada sekali...kebetulan juga ibu mertua kawan ummi ni adalah bidan kampung dan nenek ini kata irfan perlu di urut untuk memulihkan badan dia..next day ummi bawa irfan berurut dengan nenek tu dan nenek tu sediakan bahan mandian dari gabungan daun2 herba antaranya serai wangi dan daun lempoyang....

alhamdulillah lepas beberapa kali dengan mandian herba tu irfan makin sihat dan makin aktif...ummi berharap agar demam ON OFF ni akan berakhir...semoga irfan di beri kesihatan yang baik...

aksi sebelum irfan demam...chubby je tengok pipi tu...


wajah ketika fasa demam ON OFF...sangat2 susut sampai ramai yang tak percaya tauu..

alhamdulillah kembali ceria...pic taken last week...beza kann dengan time dia demam tu...


*wah!! panjang betul entry untuk hari ni kan....;)

salam kerinduan...


assalammualaikum......

hari ni 25hb January 2011...ermmmm last entry untuk teratak irfan adalah August 2010...makk aihhhh lamanyaaa....hailaa rasa bersalah la pulak tidak membuat sebarang entry kat sini...nak buat macamana kan..ummi teramat2 busy dengan tugas dan tanggungjawab..

ikutkan hati ni memang ummi nak share semua cerita dan perkembangan irfan kat sini...apa kan daya kengkangan masa membuatkan ummi tak berpeluang untuk masuk ke sini...bukan d sini sahaja even d blog ummi pun jarang2 sekali ummi update..

harapan ummi agar 2011 diberi ruang untuk membuat 1 entry sekurang-kurangnya sebulan...nak kata 1 hari harusss laa ummi tidak mampu kan...:) hope ummi berjaya melaksanakannya...:D

click pic for link

lekanya irfan...

irfan kalau melihat sesuatu sure dia akan tenung betul2...hinggakan kita panggil pun dia akan buat tak tau je...silap haribulan dari gaya mencangkung terus gaya duduk bersimpuh..hehehehe sungguh asyik kalau dia melihat sesuatu...haishhh agaknya apa la yang dia pikirkan ye...:D

jom kita tengok aksi2 irfan...;)

kan umi dah cakap irfan leka sunnguhh..

tengok sampai terduduk..:P

ini lah kucing yang menjadi perhatian irfan...uhukss pic kucing kat luar tak dan nak snap...;)

3 bulan berlalu...

wah!!! lamanyaaa ummi tak update cerita irfan di sini kan...oh bukan ummi tak sudi tetapi masa yang tidak mengizinkan...last entry adalah bulan May dimana June & July bulan yang terlampau bz bagi ummi kerana dalam 2 bulan ini adalah bulan Cukai..memandangkan kerja-kerja ummi berkait secara langsung dengan Cukai maka ummi tidak berkesempatan untuk menyelit kan cerita irfan di sini...

Kalau d ikutkan hati macam-macam cerita yang ummi ingin kongsi kan bersama..namun masa mencemburui ummi..maafkan ummi yer kawan-kawan kerana tidak mencoretkan sepatah dua kata selama 3 bulan ini...

irfan bershopping...

Last month irfan ada ikut ummi pergi shopping dengan Pak Andak, nenek dan mak cu…so irfan ambil kesempatan ini juga untuk bershopping sekali..bila tiba kat Tesco Shah Alam masing2 berpecah mencari barang masing2…irfan tidak ikut ummi tapi irfan ikut mak cu mencari barang2 mak cu…



Selepas mak cu habis mencari barang2 dia…mak cu bagi kesempatan dekat irfan untuk shopping barang irfan pula…yeeehaaa seronoknya…mak cu sanggup layans irfan…thanx to mak cu…TAPI kan irfan bukan beli baju untuk irfan…hehehe irfan pilih baju untuk kawan irfan…cantik tak..??



Even irfan pilih baju untuk kawan irfan tetap tidak melupakan ummi…irfan ada juga pilih hadiah untuk ummi juga…

udara petang..

Setiap petang before ummi sampai rumah nenek either Pak Long or Mak Anjang akan ambil Irfan dari rumah Ibu Ana..Jarak antara rumah Ibu Ana dan rumah Nenek Cuma selang 3 buah rumah sahaja…so irfan akan menghirup udara petang sambil2 jalan balik ke rumah nenek…ada ketika irfan akan melepak di atas pangkin di bawah pokok mangga rumah Atok Amid jiran sebelah rumah nenek…Memang best duduk di sini…terasa tenang je sementara menanti ummi sampai rumah…

Selamat Hari Ibu....



terasa bertuahnya ummi di beri keizinan untuk menyambut hari Ibu bersama-sama irfan...terbayang-bayang keadaan ummi before di gelar ummi kepada irfan...

Before I was a Mom -
I slept as late as I wanted and never worried about how late I got into bed. I brushed my hair and my teeth everyday.
Before I was a Mom -
I cleaned my house each day. I never tripped over toys or forgot words to a lullaby. I didn't worry whether or not my plants were poisonous. I never thought about immunizations.
Before I was a Mom -
I had never been puked on - Pooped on - Spit on - Chewed on, or Peed on. I had complete control of my mind and My thoughts. I slept all night.
Before I was a Mom -
I never held down a screaming child so that doctors could do tests...or give shots. I never looked into teary eyes and cried. I never got gloriously happy over a simple grin. I never sat up late hours at night watching a baby sleep.
Before I was a Mom -
I never held a sleeping baby just because I didn't want to put it down. I never felt my heart break into a million pieces when I couldn't stop the hurt. I never knew that something so small could affect my life so much. I never knew that I could love someone so much. I never knew I would love being a Mom.
Before I was a Mom -
I didn't know the feeling of having my heart outside my body. I didn't know how special it could feel to feed a hungry baby. I didn't know that bond between a mother and her child. I didn't know that something so small could make me feel so important.
Before I was a Mom -
I had never gotten up in the middle of the night every 10 minutes to make sure all was okay. I had never known The warmth, The joy, The love, The heartache, The wonderment or the satisfaction of being a Mom. I didn't know I was capable of feeling so much before I was a Mom.

tetapi kini segalanya berubah..berubah sama sekali...tiada lagi tidur yang lena...lena di ulit irfan sekali...tiada lagi tidur yang lewat...segalanya situasi yang baru ummi hadapi...merangkak-rangkak ummi mempelajari bagaimana menjadi seorang UMMI kepada Irfan...Moga Irfan membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah dan Rasul serta taat kepada Ummi dan ayah..

Di sini ummi irfan ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu...Anda adalah ibu yang sejati...