Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

tips anak-anak tidur lena...

Assalammualaikum wbt...
ummi nak tanya la pembaca blog irfan ni yang mempunyai anak lebih kurang sebaya irfan la kan...ada tak korang bermasalah untuk memastikan anak kecil seperti irfan mendapat tidur yang lena...? ermmm sebenarnya ummi rasa irfan ni macam susah jek nak dapatkan tidur yang lena...so ummi mula mencari info pasal ni kan so hari ni ummi nak berkongsi tips mengenai tidur yang lena untuk anak-anak seperti irfan...artikel ni ummi ambil dari RATUHATI ..

mari kita baca then kita rujuk kepada anak kita adakah tips ini telah atau boleh di guna pakai ye...;)

Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri? {mosimage}KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.
- ermmm irfan so far kat rumah ibu, dia akan tidur dari pukul 2 hingga 5 petang...kat rumah ummi dia akan tidur pukul 11 malam hingga 7 pagi..alamak!! tak cukup tidur rupanya anak ummi ni...haishh...

Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.
- yang ni kalau dia mengantuk sangat sure dia akan mintak di tidurkan..tapi macam susah jek nak tengok dia mengantuk ni...

Cahaya mentari sebagai loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.
- sebelum irfan 2 tahun kalau bangun pagi dia akan bangun sendiri let say time kerja kan ummi akan angkat dia perlahan2 then dia akan sambung tidur dalam kereta..kadang-kadang dia akan bangun sendiri time ummi dan ayah solat subuh...tapi laa ni kena di kejutkan sebab ummi nak make sure dia mandi sebelum pergi ke rumah nenek...so maksudnya irfan akan bangun dalam pukul 7 pagi..

Persekitaran tidur selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.
- gelap memang wajib kalau terang sure dia akan leka bermain lagi...nak tidur wajib juga tukar baju sebabnya sebelum tu dia akan main sampai berpeluh2 sampai masyam bila di cium...:p

Persekitaran yang selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.
- ooo yang ni lak memang tilam tu akan di kemas setiap hari sebelum pergi kerja makanya cadar akan tegang sebelum irfan tidur balik..

Ajar anak cara tidurkan dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
- aduhai ini laa dia masalah besarnya bila irfan tak reti nak tidur sendiri ni...ermmm kena sumbat dengan nenen baru dia akan tidur..camno ekk...?

Tetapkan rutin tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
- irfan selagi tak tutup lampu selagi tu laaa dia akan leka bermain makanya ayah selalu suruh tutup lampu dalam pukul 10 tapi tu laaa still dia tak tidur juga...alahai...

Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.
- ooooo yang ni memang ibu akan paksa irfan tidur...

Makanan yang betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
- irfan punya waktu makan malam pukul 8..lepas makan malam memang bukan amalan ayah dan ummi bagi irfan makan so rasanya tak da masalah tang ni...

Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.
- aktiviti fizikal tu rasanya tak berhenti sampai time nak tidur...bertuah betul irfan ni kan..

Gangguan teknologi
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.
- yang selalu terpasang adalah televisyen...maybe ini puncanya kot...kena tutup laaa kalau nak suruh dia tidur ekk...

Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas.
Sumber: komuniti_oku @ googlegroups

jom kita layan piccas irfan ketika tidur...hehehe ummi paling suka ambil gamba dia time tidur..rasa tenang jek tidurnya itu...



tapi bila dia sedar terus buat muka ni...

2 comments:

yer sila kan ye en hanif amal kan tau...;)

 

Post a Comment