Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

luka kerana kaca...


assalammualaikum....

hai kawan-kawan irfan...:D lama betul ummi menyepikan diri kan...ermmm sory ye ummi teramat bz...kali ni ummi nak post kan kisah jari kaki irfan terkena kaca...

nak di jadikan cerita ummi tak tau dari mana datangnya kaca tu...seingat ummi la kan tak da la pulak barang-barang kaca yang pecah...ermmm sebelum kena kaca tu irfan elok jek main bola dengan ayah..tup tup tup irfan jalan terdengkot-dengkot tunjukkan kaki yang sakit...mula-mula dia tak nangis...tapi bila ayah tengok dan terjerit skit 'ya Allah darah!!' terus irfan menangis sekuat hati...

time tu ummi kat dalam bilik terus keluar nak tengok...uikss memang darah dok menitik-nitik...ni 1st time irfan luka sampai darah...bila ummi letakkan minyak gamat lagi laaaa irfan menangis dengan kuat...alahai kesian betul kan...jom kita tengok muka budak yang menangis...;)


~tengah buat aduan kaki sakit~


~menahan sakit time letak ubat~


~muka lega lepas dah letak ubat~


~tak nak diam selagi tak balut~


~jari yang luka~

lepas dah kering darah kat jari kaki...irfan langsung tak nak jalan sendiri...nak berdokong jek...adehhh sakit bahu ummi...ermmm dah ler nak kena g main bowling kat Putrajaya...dia pulak meragam...haish nak tak nak pergi juga la kan sebab dah janji....sampai kat tempat bowling mula-mula tak nak jalan langsung...TAPI bila dah jumpa gang...dah ada teman nak main...terusss hilang sakit dia...alahaiiii bertuah betul...sampai tak engat dah kat ummi dengan ayah...cuba tengok pic kat bawah ni...heeheh budak yang pagi nya menangis meraung...tup tup tup tengahari nya dah berlari sakan...


~malu kena gelak~









0 comments:

Post a Comment