Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

tips anak-anak tidur lena...

Assalammualaikum wbt...
ummi nak tanya la pembaca blog irfan ni yang mempunyai anak lebih kurang sebaya irfan la kan...ada tak korang bermasalah untuk memastikan anak kecil seperti irfan mendapat tidur yang lena...? ermmm sebenarnya ummi rasa irfan ni macam susah jek nak dapatkan tidur yang lena...so ummi mula mencari info pasal ni kan so hari ni ummi nak berkongsi tips mengenai tidur yang lena untuk anak-anak seperti irfan...artikel ni ummi ambil dari RATUHATI ..

mari kita baca then kita rujuk kepada anak kita adakah tips ini telah atau boleh di guna pakai ye...;)

Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri? {mosimage}KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi
Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.
- ermmm irfan so far kat rumah ibu, dia akan tidur dari pukul 2 hingga 5 petang...kat rumah ummi dia akan tidur pukul 11 malam hingga 7 pagi..alamak!! tak cukup tidur rupanya anak ummi ni...haishh...

Tidurkan waktu dia mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.
- yang ni kalau dia mengantuk sangat sure dia akan mintak di tidurkan..tapi macam susah jek nak tengok dia mengantuk ni...

Cahaya mentari sebagai loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda semulajadi bahawa hari sudah siang.
- sebelum irfan 2 tahun kalau bangun pagi dia akan bangun sendiri let say time kerja kan ummi akan angkat dia perlahan2 then dia akan sambung tidur dalam kereta..kadang-kadang dia akan bangun sendiri time ummi dan ayah solat subuh...tapi laa ni kena di kejutkan sebab ummi nak make sure dia mandi sebelum pergi ke rumah nenek...so maksudnya irfan akan bangun dalam pukul 7 pagi..

Persekitaran tidur selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.
- gelap memang wajib kalau terang sure dia akan leka bermain lagi...nak tidur wajib juga tukar baju sebabnya sebelum tu dia akan main sampai berpeluh2 sampai masyam bila di cium...:p

Persekitaran yang selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.
- ooo yang ni lak memang tilam tu akan di kemas setiap hari sebelum pergi kerja makanya cadar akan tegang sebelum irfan tidur balik..

Ajar anak cara tidurkan dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.
- aduhai ini laa dia masalah besarnya bila irfan tak reti nak tidur sendiri ni...ermmm kena sumbat dengan nenen baru dia akan tidur..camno ekk...?

Tetapkan rutin tidur
Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.
- irfan selagi tak tutup lampu selagi tu laaa dia akan leka bermain makanya ayah selalu suruh tutup lampu dalam pukul 10 tapi tu laaa still dia tak tidur juga...alahai...

Jangan abaikan tidur petang
Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.
- ooooo yang ni memang ibu akan paksa irfan tidur...

Makanan yang betul
Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan. Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.
- irfan punya waktu makan malam pukul 8..lepas makan malam memang bukan amalan ayah dan ummi bagi irfan makan so rasanya tak da masalah tang ni...

Aktiviti fizikal penggalak tidur
Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.
- aktiviti fizikal tu rasanya tak berhenti sampai time nak tidur...bertuah betul irfan ni kan..

Gangguan teknologi
Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.
- yang selalu terpasang adalah televisyen...maybe ini puncanya kot...kena tutup laaa kalau nak suruh dia tidur ekk...

Dipetik daripada buku Sleep Solutions For Your Baby, Toddler and Preschooler oleh Ann Douglas.
Sumber: komuniti_oku @ googlegroups

jom kita layan piccas irfan ketika tidur...hehehe ummi paling suka ambil gamba dia time tidur..rasa tenang jek tidurnya itu...



tapi bila dia sedar terus buat muka ni...

pembuat tapai termuda...


Assalammualaikum...

Tapai..?isk isk irfan kecik lagi untuk merasa tapai tau...ermmm ummi pun tak berapa nak makan tapai..TAPI nenek irfan adalah pembuat & penjual tapai...kalau ada orang order sure nenek irfan akan buat banyak...so Ayah irfan laa sebenarnya penggemar tapai ni..ihikss...

so kena laaa ummi belajar macamana nak buat tapai kan...tapi tu la tak pandai-pandai ummi nak buat...even nak bungkus tapai pun ummi fail jugak...hehehe...tak pe2 irfan boleh tolong ummi kan...irfan kan rajin so dia dengan jayanya belajar dengan nenek macamana nak buat tapai ubi...

jom-jom kita layan kann...:D

~nenek ajar dulu~

~praktikal~


~praktis make perfect~

pembantu terbaik...

Assalammualaikum wbt...

kehadapan kawan-kawan irfan di luar sana semoga anda semua berada di dalam keadaan yang sejahtera...oh ye semalam ummi ada post kan pasal busynya irfan kan...tu baru skit je tau aksi yang ummi upload kan...

so hari ni korang layan kan piccas dia membantu ummi buat kerja rumah di kampung...ermmm semoga irfan menjadi anak yang soleh ye sayang...hai laaa bertuah nya rasa diri ummi ni memiliki anak yang rajin macam irfan kann...

pantang jek suruh buat apa sure laju jekk dia buat...pantang jek tengok ummi buat kerja sure dia akan datang 'membantu'...makin hari makin ummi sayanggggg irfan...:D

~bila ummi sidai baju...irfan pun datang membantu~


~bila nenek membasuh...irfan datang mengangkat~



~bila ayah menyapu laman...irfan datang menyapu~



~ummi sayang irfan~

busy nya dia...


Assalammualaikum kawan-kawan...

salam ceria salam gembira...alhamdulillah irfan juga makin ceria...semenjak dua menjak ni kan irfan amat laaa rajin 'membuat' kerja...mula-mula di tengok je apa orang buat...sooner or later sure dia akan follow je apa aksi orang...haishh budak ni makin membuat kan ummi gerammm je dengan dia...hehehe geram-geram sayang namanya...

piccas kat bawah ni aksi irfan bila balik kampung..haish laaa kalau dia balik kampung sure laaa keje ummi pun bertambah sama...bukan apa mata ni langsung tak boleh renggang dari memerhati kan dia...ada jek keje yang nak di buat...

jom jom cuci mata jap...;)

irfan bersama cousins...

Assalammualaikum....

hai kawan-kawan...harap semuanya sihat ye...so apa cerita hari ni..?hehehe mesti la ada cerita kannn...cerita kita ni kan bagaikan layar kehidupan juga...so haruss laaa hari-hari ada cerita yang tersendiri kan...;)

hari ni kan ummi nak share cerita pasal irfan dan cousins irfan sebelah ayah...irfan ada 2 orang cousin yang sebaya...pantang berjumpa pasti je ada karenah dan aksi yang mereka buat...hehehe kalau time baik mereka memang boleh bersatu...kalau dah mula bergadoh sampai mengalir air mata...yang pastinya kalau mereka berjumpa sure cute jekk...ummi paling suka tauu....

jom kita layan gambar2 mereka ni...

~berangan je keje dia~

~macam-macam aksi~


~hero menjadi ketua~


~ketua bagi arahan~


~bila berjumpa ini lah mereka~

bowling...

Assalammualaikum...

ermmm semalam ummi ada post kan kisah kaki irfan yang luka kan...so hari ni sambungan kisah irfan di tempat bowling...1st time ummi bawak irfan ke tempat begitu...1st time juga ummi masuk selepas berkahwin...hehehe...so ok lah tu kann...actually office ummi buat tournament bowling kat Alamanda Putrajaya...tu yang irfan join skali...

1st time irfan masuk jek terus dia excited sampai lupa kaki yang luka tu kan...hehehe paling ummi tak tahan bila irfan nak baling bola bowling...irfan bukan baling tapi irfan tendang bola tu...aduhaiii sakit perut gelak...lagi satu aksi paling kelakar bila irfan cuba mengejar bola bowling yang ummi baling...ya Allah bertuah betul kan...terpaksa laaa ummi pun turut berlari atas lane tu...aduhhh tergelak besar d buatnya...nak selamat kan irfan dengan ummi sekali meluncur...hahahaha...

irfan irfan semua orang gelakkan dia...tapi muka dia selamba jek...bila dia tau yang dia tak reti main terus dia ajak main lari2 kat sebelah lane tu...jom kita tengok aksi2 irfan kat tempat bowling tu...

~makan time before start~

~aksi beraksi~
~dah penat main~

~haishhh hilang sakit dia~

luka kerana kaca...


assalammualaikum....

hai kawan-kawan irfan...:D lama betul ummi menyepikan diri kan...ermmm sory ye ummi teramat bz...kali ni ummi nak post kan kisah jari kaki irfan terkena kaca...

nak di jadikan cerita ummi tak tau dari mana datangnya kaca tu...seingat ummi la kan tak da la pulak barang-barang kaca yang pecah...ermmm sebelum kena kaca tu irfan elok jek main bola dengan ayah..tup tup tup irfan jalan terdengkot-dengkot tunjukkan kaki yang sakit...mula-mula dia tak nangis...tapi bila ayah tengok dan terjerit skit 'ya Allah darah!!' terus irfan menangis sekuat hati...

time tu ummi kat dalam bilik terus keluar nak tengok...uikss memang darah dok menitik-nitik...ni 1st time irfan luka sampai darah...bila ummi letakkan minyak gamat lagi laaaa irfan menangis dengan kuat...alahai kesian betul kan...jom kita tengok muka budak yang menangis...;)


~tengah buat aduan kaki sakit~


~menahan sakit time letak ubat~


~muka lega lepas dah letak ubat~


~tak nak diam selagi tak balut~


~jari yang luka~

lepas dah kering darah kat jari kaki...irfan langsung tak nak jalan sendiri...nak berdokong jek...adehhh sakit bahu ummi...ermmm dah ler nak kena g main bowling kat Putrajaya...dia pulak meragam...haish nak tak nak pergi juga la kan sebab dah janji....sampai kat tempat bowling mula-mula tak nak jalan langsung...TAPI bila dah jumpa gang...dah ada teman nak main...terusss hilang sakit dia...alahaiiii bertuah betul...sampai tak engat dah kat ummi dengan ayah...cuba tengok pic kat bawah ni...heeheh budak yang pagi nya menangis meraung...tup tup tup tengahari nya dah berlari sakan...


~malu kena gelak~