Happy New Year to you!
May every great new day to you
Bring you sweet surprises
A happiness buffet.
Happy New Year to you,
And when the new year’s done,
May the next year be even better,
Full of pleasure, joy and fun.
Anak-anak kecil mempunyai sifat ingin tahu dan berminat terhadap hampir semua yang dilihat, didengar, dirasa dan disentuh mereka. Bagaimanapun, apabila mereka dihalang daripada meneroka keadaan di sekeliling, mereka akan membuat perangai. Selain itu, disebabkan kurang kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, anak-anak kecil biasanya tidak dapat memberitahu kehendak dan keinginan mereka. Jadi, bila si manja tidak dapat memberitahu keperluannya kepada anda, (contohnya “ibu, saya lapar”), dia akan naik angin.
Time | Friday at 10:00am - October 16 at 9:00pm |
---|---|
Location | MAEPS Serdang, Hall A, Maeps Malaysia Agro Exposition Park Serdang, 43400 Serdang, Selangor |
More Info | 7th - 16th October 2011 The Biggest Book Sale in the WORLD!!! 1.5 Million Books!!! 75-95% Discount on all books! For more exciting new, info, FREEBIES AND PRIZES, check out the following pages: http://facebook.com/bbwboo http://bigbadwolfbooks.com |
---|
Posted on Aug. 8th, 2011 by UMMU_ABDULLAHAjar Anak Makan SayurAlhamdulillah, anak saya selepas umur 2 tahun masih makan pelbagai sayur-sayuran dan jarang memilih dalam pemakanannya. Ini adalah anak kedua saya. Saya belajar daripada anak sulung saya yang mana ketika umurnya 2 tahun, tidak semua makanan mahu dijamah. Sehingga kini, anak sulung saya lebih gemar biskut atau roti berbanding nasi, lauk-pauk atau sayur-sayuran.Jadi bagaimana ingin membentuk selera pemakanan anak yang tidak memilih?Ketika anak berumur 6 bulan, kebiasaannya ibu bapa sudah mula memberikan makanan pejal kepada anak. Sebaiknya dimulakan dengan makanan yang dikisar terlebih dahulu. Kemudian, barulah makanan yang dilenyek lembut dan makanan pejal yang lain. Sejak awal lagi, ibu bapa haruslah menanamkan kepada anak bahawa sayur adalah makanan yang pentng bagi tumbesarannya. Oleh sebab itu, kebiasaannya para ibu memberi anak lobak merah atau ubi ketika ini.Ketika usia anak menjangkau 1 tahun setengah, pastikan pemakanan anak tidak berubah. Sayur tetap menjadi pilihan pertama dalam mana-mana menu makanan. Selain menyediakan rutin makanan yang sama (terdapat sayur-sayuran), cuba elakkan untuk bercakap tentang makanan yang sedap dan tidak sedap ketika makan. Hal ini akan memberi kesan kepada anak. Anak cederung mengikut kata-kata yang kita keluarkan. Malahan, jika ibu bapa kurang makan sayur-sayuran, pastikan anak tidak mengetahui hal tersebut di awal usianya.Sentiasa ceritakan kepada anak tentang kelebihan sayur-sayuran dan makanan-makanan lain yang dimakannya. Bukanlah saya bermaksud tidak memberi makanan lain selain sayur-sayuran. Saya cuma fokuskan kepada sayur kerana kebiasaan anak akan menjauhi sayur. Sebenarnya sama seperti makanan-makanan lain. Biasakan anak merasa pelbagai jenis makanan agar lidahnya terbiasa dengan pelbagai rasa. Tidak hanya dengan satu atau dua rasa sahaja. InsyaAllah anak akan bersedia untuk menjamah makanan yang baru ditemuinya dengan mudah.Selain itu, sekiranya masa makan telah tiba, elakkan daripada memberi anak minuman jus atau minuman yang mengandungi lemak seperti susu terlebih dahulu kerana ia akan membuatkan anak cepat kenyang dan mudah baginya untuk mengelak daripada menjamah makanan yang terhidang. Seperti sunnah yang dibawa oleh Rasulullah, cubalah untuk memberi anak makan terlebih dahulu, kemudian barulah diberikan air kepadanya.Mudah-mudahan sedikit sebanyak artikel ini mampu membantu kita membuka semula selera anak yang sukar menjamah makanan lain selain kegemarannya sahaja.
Saturday, 23 October 2010 16:44 ummuuswahTips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah macam kakak Hasanah.1. Ibubapa sebagai contohAnak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.2. Kreatifkan HidanganKanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anaka. HijauMengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsiumSumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.b. MerahMengandungi likopen dan asid elagik.Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.c. Kuning-jinggaMengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidinFungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihatSumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.d. PutihMengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianinFungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzimSumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,e. Biru-unguMengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.4.Libatkan MerekaLibatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card. Mengajar anak ketika kecil adalah seperti membuat ukiran di atas batu.Selamat mencuba. Saya doakan agar cita-cita anda menjadi kenyataan. Amin.
Oleh: Ibnuumar AsseluluniSecara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;Kaedah Pertama:Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.Kaedah Kedua:Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.Pencegahan AwalDaripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri1. Doa BersetubuhBaca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.2. Doa ketika hampir keluar maniBaca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)Wallahu’alam