Assalammualaikum wbt..
Di sini saya nak kongsikan 10 Cara Untuk Membina Harga Diri Anak Kita yang saya perolehi dari website Positive Parenting
1. Tiada Perbandingan
Elakkan membanding anak anda dengan anak jiran, saudara mara atau rakan. Ia tidak memotivasikan anak anda untuk melakukan yang terbaik (untuk membesar lebih tinggi atau berlari lebih laju). Sebaliknya, anda memperbesarkan kelemahannya dan dia berasa dia mengecewakan anda.
- Sejujur nya saya dulu suka sangat membandingkan Irfan dengan kanak kanak lain. Selepas banyak membaca mengenai psikologi kanak kanak ni saya mula menukar cara dengan menekan dan memuji kelebihan yang Irfan ada.
2. Ketepikan Jenaka
Jangan berjenaka tentang kekurangan fizikal, penampilan atau keturunan. Kukuhkan kepercayaan bahawa yang anak anda sempurna tidak kira ketinggian atau berat badan dan kasih sayang anda tiada penghujungnya.
- Selama ini memang saya tidak pernah nak berjenaka mengenai sebarang kekurangan atau kelemahan yang Irfan miliki kerana ianya adalah anugerah ILAHI yang tak ternilai.
3. Jangan Memberi Gelaran
Jangan merendah-rendahkan anak anda. Jangan menggelarnya “lembab” atau “bodoh” jika dia gagal melakukan sesuatu. Sebaliknya, cadangkan apa yang boleh diperbaiki dan hulurkan bantuan sekiranya diperlukan.
- Seperti hal berjenaka mengenai kekurangan dan kelemahan sama juga mengenai gelaran yang tidak sepatutnya ini. Sila katakan TIDAK pada gelaran yang boleh merendah rendah kan diri anak kita ye kawan kawan.
4. Elakkan Hukuman Automatik
Elak hukuman automatik. Contohnya, menghukum anak kerana tidak menghabiskan makanan akan membuatkannya benci makan. Cuba jelaskan peraturan waktu makan dan beri hadiah sekiranya peraturan dituruti. Disiplin seharusnya adil, tegas dan mesra.
- Mengenai hukuman pula, sebelum ini selepas tiga kali peringatan di beri Irfan masih melakukan perkara yang sama saya akan menghukum nya. TETAPI kini tidak lagi kerana saya menekan kan aspek penerangan mengapa perkara tersebut tidak patut di buat. Tidak di nafikan sebagai ibu bapa paras kesabaran kita kadang kadang di uji. Bila tiba detik di uji dengan sikap Irfan selalu nya saya akan terus mendiam kan diri. Sekarang ni umpama signal bagi Irfan andai saya diam tanda nya ada sesuatu yang saya tidak puas hati.
5. Sentiasa Positif
Jika anda ingin berkata sesuatu yang negatif, hentikanlah. Tak sudah-sudah bercakap aspek negatif tentang anak anda (contohnya, bercerita kepada saudara mara yang anak anda kencing malam) akan menunjukkan padanya yang anda mementingkan personaliti itu sahaja.
- Memang menjadi prinsip utama saya dalam mendidik ni sebarang unsur NEGATIF harus di tolak jauh jauh. Kerana bagi membina keyakinan anak ni apa yang saya nampak jangan sesekali menekan kan aspek kelemahan atau kekurangan diri mereka.
6. Ucap Selamat Tinggal Kepada Momok
Jangan takutkan anak anda dengan hantu, raksasa atau polis jahat. Ia mungkin berkesan untuk jangka pendek tetapi membawa kepada fobia dalam hidupnya kelak. Kanakkanak yang selalu ditakutkan hantu akan takut tempat gelap dan membina personaliti yang percaya perkara karut.
- Gara gara saya suka menakutkan Irfan dulu sekarang ni dia memang takut untuk di tinggal kan keseorangan hatta duduk di ruang tamu seorang diri. Kesilapan diri ini juga. Oh saya kena perbetul kan cepat!
7. Elakkan Anak Anda Berasa Serba Salah
Jangan buat anak anda berasa bersalah akibat bersikap “jahat” kerana perasaan itu akan membuatnya lebih risau, menyalahkan diri sendiri malah menjadi lalai dalam jangkamasa panjang. Sentiasa berkomunikasi dengan jelas, tetapkan harapan munasabah dan elak dari menyalahkannya sekiranya kesalahan terjadi.
- Point ini saya masih dalam proses belajar berkomunikasi dengan Irfan. Di sebab kan terbiasa saya ada juga menyalahkan Irfan andai sesuatu perkara terjadi andai dia tidak mendengar kata saya. Point yang baik yang harus saya TUKAR kan segera!
8. Adakan Masa Bersama
Cipta kenangan menyeronokkan bersama anak anda. Suka memancing? Rancang aktiviti memancing dan bawanya bersama. Dengan menyertakan anak anda dalam masa riadah anda, ia akan membuatnya berasa penting dan dihargai.
- Alhamdulillah masa bersama memang sentiasa kami nantikan!
9. Didik Berdikari
Daripada melakukan segalanya untuk anak anda, tanyalah dia, ”Bagaimana boleh saya bantu kamu?” Biarkan anak anda mebuat keputusan dan benarkan dia melakukan kesilapan dan belajar melaluinya.
- Yang ini saya suka praktikkan! Kita akan dapat lihat keterujaan mereka andai kita memberi mereka peluang untuk buat sendiri. Contohnya kali pertama membasuh kasut Irfan teruja nak belajar basuh kasut.
10. Tingkatkan Pujian
Kanak-kanak memerlukan pujian dan penegahan positif. Ini akan membantu mereka percayakan diri sendiri dan memahami yang anda (dan orang lain) turut mempercayai dirinya.
- Point ini memang dari dulu saya suka tekan kan kerana ianya amat berkesan meningkat kan keyakinan diri.
**Tetapi ingat lah dalam proses psikologi kanak kanak ini ianya tidak seindah seperti yang kita jangka kan kerana ianya memerlukan KESABARAN yang tinggi. Sejujurnya saya akui sebelum meningkatkan keyakinan anak anak ni seharusnya IBUBAPA haruslah meningkat kan keyakinan diri terlebih dahulu. Kadang kadang saya tak yakin yang Irfan boleh buat. Tapi sebenarnya saya yang seharusnya merasa yakin bahawa Irfan BOLEH BUAT dengan memantau dan mengajar perkara yang betul. Saya juga seperti ibubapa yang lain yang masih lagi dalam prosess pembelajaran dalam mendidik anak.
0 comments:
Post a Comment