Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

Bagaimana Irfan Belajar...?

Assalammualaikum wbt..

sory ye kawan-kawan irfan...ummi tak update beberapa hari ni...hari ni ummi nak share dengan kawan-kawan bagaimana irfan belajar berdasarkan artikel yang ummi petik dari sini...
BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR
Kebanyakan kanak-kanak lelaki tertarik hati dengan serangga dan katak, dan kerap kali menakutkan si ibu dengan membawa haiwan kecil tersebut ke dalam rumah. Kanak-kanak perempuan pula didapati gemar mencuba alat-alat solek dan pakaian si ibu. Pada masa yang sama, kanak-kanak yang berumur tiga tahun dan ke atas sentiasa menanya pelbagai soalan, seperti “Kenapa serangga ini mempunyai enam kaki? Kenapa kasut ibu begitu besar? Kenapa ayah tidak menggunakan alat solek seperti ibu? Kenapa, ibu, kenapa?”
====> sebagai ANAK LELAKI irfan memang gemar menakutkan ummi TETAPI sebenarnya dia sendiri pun takut gak...hahahaha lawak tul...konon2 nak takut kan ummi dengan lipas tapi bila ummi pegang lipas dia yang lari dulu...aduhai...

Semua ini menguji kesabaran ibu bapa dari masa ke masa. Walau bagaimanapun, ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kemahuan untuk belajar dan ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya sebanyak mungkin. Ianya adalah salah satu keinginan semulajadi kanak-kanak untuk belajar. Mereka cuba memahami tentang dunia sekeliling melalui bertanya soalan, bermain dengan serangga atau gincu bibir. Otak mereka sebenarnya menyerap dan mencerna maklumat yang diterima, yang kemudiannya akan ditambah ke dalam kesedaran mereka dan seterusnya meningkatkan intelek kanak-kanak.
====> irfan jarang tanya soalan tetapi dia lebih kepada meniru aksi orang...ermmm memang dia akan tiru apa shaja yang ummi buat kat rumah...memandangkan dia seorang je anak ummi maka nya aksi ummi dengan ayah jer la yang dia tiru kan...;)

Ini bukan segala-galanya. Kanak-kanak kemudiannya akan belajar menggunakan pengetahuan mereka secara aktif. Mereka perlu memahami maklumat, membuat keputusan tentang kepentingan maklumat ini dan bagaimana menggunakannya di dalam sesuatu situasi atau dalam menyelesaikan masalah.
====> so far belum laa lagi dia nak selesai kan masalah..hehehe bagi masalah ada lah lagi kan...;) yang nampak dia akan menggunakan perkataan 'sekejap' bila sesiapa yang panggil dan pada ketika itu dia tengah buat kerja lain....

Pakar psikologi kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya banyak belajar menerusi bermain. Permainan simbolik seperti ‘masak-masak’ dan ‘jamuan teh’ membantu kanak-kanak ‘mengalami’ dan memahami kehidupan dewasa.
====> irfan punya mainan yang ada kebanyakannya kereta dan bola shaja..jadi dia akan guna penyapu untuk menyapu, tarik vacuum untuk kemas rumah serta ambil mop nak lap air tumpah...SO ummi kena sabar banyak2...kena ajar dia guna kan barang2 tu...kalau tidak lain jadi nya pulak...

Permainan memilih bentuk dan teka-teki meningkatkan kemahiran meng-analisa. Sukan dan permainan ‘formal’ seperti ‘Ular dan Tangga’ dan dam, membantu kanak-kanak belajar mematuhi peraturan. Selain itu, kanak-kanak juga belajar melalui melakukan kerja. Kerjakerja rumah yang bermakna turut membentuk perkembangan mental dan mengajar si manja tentang tanggungjawab dan kebebasan. Dia akan berasa seronok, lebihlebih lagi jika digalakkan menganggap ‘kerja’ sebagai satu ‘permainan’. Dia boleh melakukan kerja-kerja mudah seperti menyediakan meja makan atau mengemaskan barang permainan, yang kelihatan seperti satu permainan kepada kanak-kanak atau ‘membantu orang dewasa’. Ia membuatkan si manja merasa berguna dan ‘dewasa’.
====> aduhai sekarang ni pun dia dah mula buat kerja orang dewasa...dia rasa kan yang dia dah cukup 'dewasa' nak letakkan nasi dalam pinggan, nak isi kan kuah dalam mangkuk, nak minum air guna cawan & tuang sendiri, makan memang dari dulu dia makan sendiri...ermmm dah tak nak duduk kat seat dia...nak duduk kerusi yang sama ayah & ummi guna...memang 'dewasa' bila dia guna minyak rambut & sikat ayah...hai laaa...

Jika kanak-kanak baru belajar sesuatu dan amat menggemarinya, dia akan mahu melakukan perkara tersebut berulang kali. Misalnya bermain dengan tekateki yang serupa sepanjang masa. Anda mungkin merasa pelik dan tidak tahu di manakah keseronokan bermain permainan yang sama lebih dari 20 kali sedangkan si manja telah tahu cara penyelesaiannya. Tetapi ini adalah cara kanak-kanak belajar dan menyempurnakan sesuatu kemahiran.
====> permainan yang menduga IQ ummi belum ajar lagi...hehehe tapi bila ummi main sahibba dia pun turut serta nak susun huruf...tak pun jadi tunggang langgang huruf tu di buatnya...


menyapu

mengemas

menyidai

mengangkat

menikmati

menekan

****kepada ibu bapa yang mempunyai anak seusia irfan memang kena banyak-banyak BERSABAR dalam melayan karenah anak yang baru nak belajar memahami kehidupan ini...ummi sedang menghadapi fasa di mana irfan nak buat semua benda sendiri...memang ummi berdoa semoga tahap kesabaran ummi menebal jangan la menipis...hehehe

0 comments:

Post a Comment