Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

berus gigi & berkumur..

Assalammualaikum wbt..

Ummi tengah mencari info bagaimana nak ajar Irfan berkumur selepas memberus gigi...ermmm susah gak ekk nak ajar anak sekecil Irfan berkumur...Ummi tak tau bagaimana cara yang betul mengajar anak umi berkumur...bila umur suruh ikut cara ummi berkumur..dia akan telan air tu..dah telan baru dia nak buang..hasihh camno tu..?ada tak sesiapa di sini yang tau cara nak ajar anak seperti irfan berkumur..?meh share dengan ummi at least ummi leh ajar irfan cara yang betul..

ketika ummi dok menggoogle info mengenai gigi maka ummi terjumpa artikel ni di sini..

Kenapa gigi perlu diberus?
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting?
Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:
  • Mencegah penyakit gusi - Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?
  • Untuk bayi - Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.
  • Untuk kanak-kanak - Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
  • Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
  • Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas:
  • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
  • Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

selepas puas menggoogle ummi still belum jumpa artikel mengajar cara-cara berkumur dengan betul..uhuksss nampak gayanya ummi kena sama-sama berkumur depan irfan sampai la irfan boleh berkumur sendiri kan..

jom layan pic irfan tayang gigi...;)

Bagaimana Irfan Belajar...?

Assalammualaikum wbt..

sory ye kawan-kawan irfan...ummi tak update beberapa hari ni...hari ni ummi nak share dengan kawan-kawan bagaimana irfan belajar berdasarkan artikel yang ummi petik dari sini...
BAGAIMANA KANAK-KANAK BELAJAR
Kebanyakan kanak-kanak lelaki tertarik hati dengan serangga dan katak, dan kerap kali menakutkan si ibu dengan membawa haiwan kecil tersebut ke dalam rumah. Kanak-kanak perempuan pula didapati gemar mencuba alat-alat solek dan pakaian si ibu. Pada masa yang sama, kanak-kanak yang berumur tiga tahun dan ke atas sentiasa menanya pelbagai soalan, seperti “Kenapa serangga ini mempunyai enam kaki? Kenapa kasut ibu begitu besar? Kenapa ayah tidak menggunakan alat solek seperti ibu? Kenapa, ibu, kenapa?”
====> sebagai ANAK LELAKI irfan memang gemar menakutkan ummi TETAPI sebenarnya dia sendiri pun takut gak...hahahaha lawak tul...konon2 nak takut kan ummi dengan lipas tapi bila ummi pegang lipas dia yang lari dulu...aduhai...

Semua ini menguji kesabaran ibu bapa dari masa ke masa. Walau bagaimanapun, ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai kemahuan untuk belajar dan ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya sebanyak mungkin. Ianya adalah salah satu keinginan semulajadi kanak-kanak untuk belajar. Mereka cuba memahami tentang dunia sekeliling melalui bertanya soalan, bermain dengan serangga atau gincu bibir. Otak mereka sebenarnya menyerap dan mencerna maklumat yang diterima, yang kemudiannya akan ditambah ke dalam kesedaran mereka dan seterusnya meningkatkan intelek kanak-kanak.
====> irfan jarang tanya soalan tetapi dia lebih kepada meniru aksi orang...ermmm memang dia akan tiru apa shaja yang ummi buat kat rumah...memandangkan dia seorang je anak ummi maka nya aksi ummi dengan ayah jer la yang dia tiru kan...;)

Ini bukan segala-galanya. Kanak-kanak kemudiannya akan belajar menggunakan pengetahuan mereka secara aktif. Mereka perlu memahami maklumat, membuat keputusan tentang kepentingan maklumat ini dan bagaimana menggunakannya di dalam sesuatu situasi atau dalam menyelesaikan masalah.
====> so far belum laa lagi dia nak selesai kan masalah..hehehe bagi masalah ada lah lagi kan...;) yang nampak dia akan menggunakan perkataan 'sekejap' bila sesiapa yang panggil dan pada ketika itu dia tengah buat kerja lain....

Pakar psikologi kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak sebenarnya banyak belajar menerusi bermain. Permainan simbolik seperti ‘masak-masak’ dan ‘jamuan teh’ membantu kanak-kanak ‘mengalami’ dan memahami kehidupan dewasa.
====> irfan punya mainan yang ada kebanyakannya kereta dan bola shaja..jadi dia akan guna penyapu untuk menyapu, tarik vacuum untuk kemas rumah serta ambil mop nak lap air tumpah...SO ummi kena sabar banyak2...kena ajar dia guna kan barang2 tu...kalau tidak lain jadi nya pulak...

Permainan memilih bentuk dan teka-teki meningkatkan kemahiran meng-analisa. Sukan dan permainan ‘formal’ seperti ‘Ular dan Tangga’ dan dam, membantu kanak-kanak belajar mematuhi peraturan. Selain itu, kanak-kanak juga belajar melalui melakukan kerja. Kerjakerja rumah yang bermakna turut membentuk perkembangan mental dan mengajar si manja tentang tanggungjawab dan kebebasan. Dia akan berasa seronok, lebihlebih lagi jika digalakkan menganggap ‘kerja’ sebagai satu ‘permainan’. Dia boleh melakukan kerja-kerja mudah seperti menyediakan meja makan atau mengemaskan barang permainan, yang kelihatan seperti satu permainan kepada kanak-kanak atau ‘membantu orang dewasa’. Ia membuatkan si manja merasa berguna dan ‘dewasa’.
====> aduhai sekarang ni pun dia dah mula buat kerja orang dewasa...dia rasa kan yang dia dah cukup 'dewasa' nak letakkan nasi dalam pinggan, nak isi kan kuah dalam mangkuk, nak minum air guna cawan & tuang sendiri, makan memang dari dulu dia makan sendiri...ermmm dah tak nak duduk kat seat dia...nak duduk kerusi yang sama ayah & ummi guna...memang 'dewasa' bila dia guna minyak rambut & sikat ayah...hai laaa...

Jika kanak-kanak baru belajar sesuatu dan amat menggemarinya, dia akan mahu melakukan perkara tersebut berulang kali. Misalnya bermain dengan tekateki yang serupa sepanjang masa. Anda mungkin merasa pelik dan tidak tahu di manakah keseronokan bermain permainan yang sama lebih dari 20 kali sedangkan si manja telah tahu cara penyelesaiannya. Tetapi ini adalah cara kanak-kanak belajar dan menyempurnakan sesuatu kemahiran.
====> permainan yang menduga IQ ummi belum ajar lagi...hehehe tapi bila ummi main sahibba dia pun turut serta nak susun huruf...tak pun jadi tunggang langgang huruf tu di buatnya...


menyapu

mengemas

menyidai

mengangkat

menikmati

menekan

****kepada ibu bapa yang mempunyai anak seusia irfan memang kena banyak-banyak BERSABAR dalam melayan karenah anak yang baru nak belajar memahami kehidupan ini...ummi sedang menghadapi fasa di mana irfan nak buat semua benda sendiri...memang ummi berdoa semoga tahap kesabaran ummi menebal jangan la menipis...hehehe

Tips menggalak anak membaca...


assalammualaikum!!

hari ini ummi ingin berkongsi artikel yang ummi baca dari sini mengenai cara menggalakkan anak-anak membaca....

Membaca Bersama Anak Anda
Oleh Woo Pei Jun, Pakar Psikologi Perkembangan

Seperti yang anda tahu, membaca merupakan kemahiran yang penting untuk anak anda dalam tempoh pembesarannya. Selancar mana dia membaca akan membantunya menentukan cara berkomunikasi, memahami dan belajar.

Selain daripada menunggu sehingga anak anda menjejaki alam pra-sekolah, mulakanlah proses pembacaan kepadanya terlebih dahulu. Dia mungkin tidak dapat memahami pada peringkat awal, tetapi sekiranya anda meluangkan masa bersamanya bermain dengan huruf-huruf dan perkataan, dia akan membesar dengan minat membaca!

- betul2..ummi setuju sangat2..heheh teringat ketika irfan baru 9 bulan ummi dah beli kan buku...hehehe yang dia tau masukkan buku dalam mulut...maka jangan laa ibu2 di luar sana putus asa pula ye...perlahan2 kita pupuk minat membaca ni...:)
Adakah anda tahu?
Walaupun membaca dianggap sebagai aktiviti visual, sebenarnya kesemua deria anak anda terlibat ketika mempelajari kemahiran ini.

Ketika masih dalam kandungan, anak anda boleh mendengar suara anda dan akhirnya dia boleh belajar untuk mengaitkan perkataan yang disebut dengan tandatanda bertulis.- sejak ummi mengandung memang ummi selalu berdialog dengan irfan...sambil2 tu ummi mengaji dan berzikir...

Latih anak anda mengenali huruf-huruf menggunakan jarinya dengan memberikan abjad yang terdapat dalam pelbagai tekstur, contohnya melekat kertas pasir atau kad keras di atas kertas lukisan; atau gunakan pelapik mainan berbentuk huruf.- ummi ada belikan irfan pelapik mainan yang berbentuk huruf dan nombor...mula-mula irfan dok patah-patah kan huruf2 tu...aduhaii sayang la pulakkan so ummi jadikan lapik tempat irfan main...sambil2 tu tunjukkan sekali abjad2 dan nombor2 tu dalam bentuk nyanyian so irfan excited la nak tunjuk2...:D
Di bilik mandi dan dapur, bacakan label untuknya dan biarkan dia menghidu bau buah-buahan, bahan perasa dan alatan mandian.- kalau di bilik mandi ummi suka buatkan buih2 sabun sambil2 sabun kan badan irfan....lepas tu sebut kan "wanginyaaaa"...irfan kalau sebut dia wangi sure lagi excited dia sental badan...hehehe...kalau berus gigi pulak ummi suka join skali irfan berus gigi so bila dia tengok kita gosok dia pun nak gosok gigi jugak...tu yang buatkan mandi dengan irfan boleh jadi lama :p kat area dapur jek ummi belom praktikkan...sebabnya irfan kalau kat dapur sukaaa sangat selongkar kabinet dapur...siap keluarkan periuk2 buat gendang...klunk klank klunk klank...isk
Apabila anak anda semakin besar, minta pertolongannya untuk menyalin resipi, tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan biarkannya merasa apabila perlu. Bantunya mencari maklumat di perpustakaan dan internet tentang asal-usul bahan-bahan masakan eksotik.- hah yang ini sory ye ummi belum pernah praktik kan...hehehe memandangkan irfan belum boleh menulis kan...:D
Aktiviti: Cakap seperti saya
Untuk umur: 1 tahun
Apa yang diperlukan: Buku atau carta abjad-abjad (anda boleh buat sendiri dengan menggunakan pen berwarna dan kertas)

Apa yang dilakukan: Namakan setiap huruf yang anda tunjukkan. Kemudian, pamerkan gambar atau objek yang bermula dengan huruf tersebut. Semakin dia membesar, galakkannya mengulangi percakapan anda dan membentuk ayat mudah menggunakan setiap huruf.

- ummi dah praktikkan kat irfan TAPI dia jenis yang cepat bosan maka kena berselang seli dengan aktiviti lain...so far belum nampak lagi perubahannya...insyaAllah ummi akan teruskan usaha supaya irfan dapat menggunakan huruf2 tu untuk membentuk ayat...sabar ye ummi...;)

Aktiviti: Nyanyi bersama saya
Untuk umur: 2-6 tahun
Apa yang diperlukan: Puisi berirama kanakkanak/ Lagu kanak-kanak

Apa yang dilakukan: Bacakan puisi atau lagu secara kuat sambil bertepuk tangan mengikut rentak. Kemudian, jika boleh, ajak anak anda mengikutinya sekali. Lagu seperti “ABC” dan “1,2,3,4,5,Once I Caught A Fish Alive” juga boleh membantu anak anda untuk mengingati abjad dan asas mengira.

-yeahhh yang ini memang favourite irfan...aduhhh siap berjoget2 lagi tu...kalau ummi pasangkan lagu ABU ADA AYAM sure irfan akan sambut yang ujung tu...part ni memang enjoy tau...:D






irfan at 25th month


Assalammualaikum wbt...


weehooo diam tak diam irfan dah 25 bulan bersamaan 2 tahun 1 bulan..so apa perkembangan dia kan..berdasarkan info dari baby center jom kita tengok ek..;)

How your toddler's growing
Your child's proficient at walking now. His steps are more even and he's getting the hang of the smooth heel-to-toe motion most adults use. He's also getting better at physical play such as jumping and throwing a ball. Meanwhile he's much more proficient at looking after himself - brushing his teeth (though he still needs help) and washing and drying his hands.
- irfan dah mula berlari dan bermain bola..kalau tendang bola harus kita mengelak kalau tidak sure perit terkena badan ni...;) sekarang ni makin pandai melawa...semua nak buat sendiri...nak mandi, berus gigi, pakai baju, pakai bedak dan serba serbi nak sendiri buat..haishh siap cakap 'ummi tak yah-tak yah wat..."

Your life: self-care
You may be finding it a little easier to care for your child now that he's able to do more for himself, such as scrambling into his car seat and picking up his toys when he wants to.
- yup exactly...sangat mudah di urus kan...yang penting selepas main dengan permainan dia sure dia akan mengemas balik...yeahhh tang ni yang best...hehehe no more mainan yang pecah kena pijak kann...;)

Parent tip: good hair days
"My son has a good head of hair but always hated having it washed until I took him to toddler swimming classes. Learning to put his face under the water and blow bubbles was great fun. He soon learned to do it in the bath and rinse his hair at the same time." - Maria H
- ooopsss ummi belum pernah bawak irfan ke swimming pool...cumanya irfan pantang nampak pantai...hehehe sure tak sabar nak berendam dalam tu...ermmm teringin gak nak bawak irfan ke swimming pool tapi apa kan daya kann...:p

Plus
More ways to make hair washing easier and tips for avoiding a tantrum at the hairdressers.
- last month ibu yang bawak irfan pergi gunting rambut...ibu kata mula-mula je irfan menangis lepas tu ok dah siap buat macam-macam aksi depan cermin...wah!! seronok gak dengar kan...so hopefully time ummi dan ayah bawak irfan pergi gunting rambut, irfan tak mengamuk lagi ye...

Things to consider
How to get your toddler interested in her potty.
- irfan baru nak belajar cakap nak 'ching mi...' or 'mi nak yak' p tu laa dah selesai aktiviti tu baru dia nak cakap...haishh...

Add a few more good books to your child's library every month.
- hah yang ni ummi akan make sure yang every month ada portion untuk buku-buku irfan...makin galak ummi nak beli ni sebab irfan mula pandai mengenal dan menyebut...seronok tauu...