Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

the best milk on earth...

Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.
Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka. Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?

Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula. Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi...

so let say yes to breastfeed...sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi kita, seharusnya kita beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, kita digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.


Kebaikan
Untuk bayi :
- Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
- Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
- Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. - - Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
- membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :

- Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
- Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.


0 comments:

Post a Comment