Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

holiday...

ye ye esok irfan akan pergi Pangkor dgn Family ummi...1st time irfan nk g bercuti..so smlm ummi dah beli barang2 & peralatan utk percutian irfan...Alhamdulillah irfan susu badan so x perlu la ummi berangkut bagai...semalam ummi beli kan baju baru utk irfan sbbnye baju raya yg lepas semua dh sendat mendat...ummi harap irfan x meragam sepanjang cuti kat Pangkor...t ummi upload gamba2 irfan kat sna yerr..

irfan wish semua frens SELAMAT BERCUTI...;)

kelambu...

kat umah umi ader beli kan irfan baby cot dgn kelambu sekali...p ayah lebih selesa irfan tdo sekali...hehehe ayah nk peluk anak bujang die...so x der la irfan guna kan baby cot tu...skang nie umi letakkan jugak irfan dalam baby cot so leh la irfan main & belajar berdiri....hehhee p kan sebut pasal kelambu nie kan...time kat kg ayah mmg WAJIB pasang kan kelambu sbb takut nyamuk gigit irfan...sebelum2 nie kalau dok dalam kelambu irfan cam x amik pusing...terus lena jer...p skang nie irfan dah pandai dok main2 kat dalam kelambu...tgk aksi irfan kat bawah nie...tergelak umi d watnye...



cubic...

ermmmm kawan pernah main x cubic game nie...umi suka main p selalu fail nak complete kan colors tu...hehehe cuba tgk pic nie irfan ye ye je nak cuba settle kan cubic tu...hahahha dok pusing2 cubic tu d watnya...cuba teka dapat x irfan selesai kan...hehehe dah puas d pusing2 dah di belek2...last2 d campak kan jer...irfan..irfan..



how to read map...

ermmm sila lihat pic d bawah ini...hehehhe so umi nk kemana...irfan leh tgk kat map nie...ermmm gaya irfan x tahan sungguh umi tgk...bersungguh-sungguh irfan baca map...paham ker tu..hopefully irfan jangan sesat jalan yer...;)





my tweety...



besar kan tweety nie...irfan mula2 tgk pun takut...tak tau la aper yang d pikirkan...lawak pun ader 1st time irfan jumpe dgn tweety...siap korek2 mata tweety lagi tu...bile shoot this pic kan umpama sesi perkenalan la plak antara irfan & tweety...;)

bubur pelangi...

ini bukan gambar masak sendiri yer..bubur irfan x penah d snap gambarnya..gambar dari sini

Bahan-bahan...
1 genggam beras wangi, dibasuh dan ditapis
1 jag air
2 ketul dada ayam
1 biji lobak merah saiz kecil, diparut
50g kacang pea segar, dihiris

Cara memasak..
1.Didihkan 3 cawan air. Masukkan ayam dan masak selama 10-15 minit. Angkat ayam daripada air rebusan. Buang tulang dan carik isi ayam.

2.Masukkan balik tulang ayam ke dalam air rebusan. Tuangkan 10 cawan air ke dalam air rebusan tadi.

3.Masukkan beras ke dalam air rebusan dan masak di atas api perlahan hingga menjadi bubur. Keluarkan tulang ayam daripada bubur.

4.Campurkan ayam dan sayur-sayuran. Masak selama 10-15 minit.

bubur nasi daging merah...

gambar ehsan dari sini

bahan-bahan...
1 genggam beras
2 ketul daging, dikisar halus
1 biji lobak merah, dicincang halus dan rebus sehingga lembut

cara memasak...
1.Masakkan beras dan kacau selalu.

2.Apabila nasi menjadi bubur, masukkan lobak merah dan daging kisar. Reneh sehingga masak.

3.Biarkan sejuk sedikit dan hidangkan.

the best milk on earth...

Asli atau tiruan? Lazimnya kebanyakan orang tanpa ragu-ragu akan memilih yang asli.
Namun begitu, masih ramai ibu bapa yang merelakan susu formula iaitu barang tiruan menjadi makanan pertama anak mereka. Mengapa susu formula atau susu tiruan ini dikecualikan sedangkan masyarakat sedar walau sebaik manapun sesuatu barang tiruan, ia tidak akan sebaik barangan asli?

Kebanyakan ibu hanya mampu menyusukan anak mereka sehingga dua bulan atau sepanjang tempoh berpantang dan apabila mereka kembali bekerja, ramai yang mengambil jalan mudah dengan memberikan susu formula. Ada juga segelintir wanita yang baru bersalin langsung tidak memberikan susu ibu kepada bayi mereka sejak dilahirkan walaupun menyedari susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi...

so let say yes to breastfeed...sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi kita, seharusnya kita beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, kita digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.


Kebaikan
Untuk bayi :
- Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
- Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
- Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
- Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
- Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
- Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
- Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. - - Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
- Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
- Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
- Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
- Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
- membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
- membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
- mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
- menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :

- Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
- Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.


i want the real thing...

mari ikuti luahan c comel yg d ambil dari susuibu.com

Hari ini, usia saya baru 6 minggu. Tiba-tiba saya rasa ada kelainan. Mulut saya disumbat dengan satu bende asing. Eh! Ini bukan puting mama.. Eeee..tak naklah! Puihhh!! Tak sedapnya rasa dia. Tapi.. kejap.. rasa macam ada susu mama..tapi mama di mana? Terdengar suara nenek memujuk, "Minumlah baby, nanti baby lapar". Apa kena mengena benda asing tu dengan minum susu. Kenapa saya kena minum susu dengan benda tu tak sedaplah. Huaaaa!!! Saya menangis sekuat hati. Tak lama selepas tu, terdengar suara mama semakin berdekatan. "Oklah sayang mama. Cukuplah latihan setakat ini. Besok kita cuba lagi", kata mama lalu saya diupah dengan apa yang dicita..Yummie!! Sedapnya, susu mama yang asli!!

Besok pagi, sekali lagi nenek pegang saya. Tapi kali ini saya dah lapar. Emm!! Macamana nak buat ni? Mama tak ambil saya pun! Oo oo! Mulut saya disumbat lagi dengan benda asing tu. Saya cuba jilat. Ehh! Ada susu mamalah kat benda ni. Macamana nak minum banyak lagi ye.. Hisap jelah, macam hisap puting mama. Tapi bende nie keras sikitlah. Isy! Tak maulah minum dengan bende keras nie. Huaaaa!!Mama nak mama!!Hehe!!Taktik menjadi, mama datang juga akhirnya. "Kenapa sayang? Puting ni tak sedap ye? Oklah, besok mama cari puting yang lembut sikit ye", kata mama dan saya pun mendapat upah yang asli.

Keesokannya, pagi-pagi lagi nenek dah mula bermain dengan saya. Seronok juga main dengan nenek ni. Tak lama selepas tu, perut saya pun lapar. Oh tidak! Mama tak ada lagi! Mesti kena sumbat dengan benda asing tu lagi. Dah agak dah! Emm tapi kali ni lembut sikit. Oklah jugak, dapatlah juga saya menahan lapar dan dahaga dengan benda ni. Rupa-rupanya saya diberikan susu mama juga tapi nenek berikan dalam botol. Lama-lama susu dalam botol pun habis. Wah! Bukan main seronok lagi nenek. Cepat-cepat mama datang kepada saya. Nampak mama tersenyum. Saya senyum kembali kepada mama. Mama hadiahkan saya ciuman di pipi dan di dahi. Emm! Seronoknya! Mama nak lagi!

Hari keempat, saya sudah boleh minum susu mama dengan botol waktu pagi. Tapi nampaknya kali ini, nenek aja yang peluk dan bermain dengan saya. Mana mama ni? Lepas beberapa lama, perut saya pun dah lapar semula. Sekali lagi nenek suapkan saya dengan botol. Eh! Ini dah dua kali ni. Tak pelah, minum jelah! Dah tengahari barulah mama ada. Mama pergi manalah agaknya. Rindunya saya!

Selepas tu setiap hari, sedikit demi sedikit waktu saya menyusu dengan mama dah digantikan dengan botol. Tapi saya dah tak kisah, asalkan yang saya dapat minum tu, susu mama. Rasanya pun tak berapa berbeza. Cuma yang herannya macamana susu mama boleh ada di dalam botol.

Satu hari, nampak mama awal-awal pagi lagi dah bersiap cantik. Seronoknya mama nak bawa saya pergi jalan ke? Mama ambik saya dan bagi saya minum susu mama. Sambil saya minum, saya ternampak satu benda pelik. Eh! Apa yang mama buat tu? Nampak macam botol susu yang saya minum semalam. Tapi kenapa ada benda yang melekat dekat puting mama sebelah lagi tu. Ooo rupa-rupanya macam tulah mama masukkan susu mama dalam botol. Mama tengah perah susulah tu. Sayapun buat tak kisah je. Yang penting saya dapat minum dengan mama.

Bila saya dah kenyang, burrpp! Mama pun lepaskan puting mama dari saya. Ahh..sedapnya! Harap-harap hari ni tak payah minum dari puting plastik tu lagi. Tapi sangkaan saya meleset sama sekali. Tak lama selepas tu. Nampak mama masuk dalam kereta. Tapi tak bawa saya sekali pun. Alamak! Mama nak pergi mana tu? Eh! Papa pun ada sekali! Selalunya, papa aja yang pergi dengan kereta pagi-pagi ni. Terdengar nenek bersuara, "Ok babai mama! Pergi kerja balik cepat ye!". Aaaa! Pergi kerja? Mamapun kena pergi kerja ke?

Nampaknya hari ini, terpaksalah saya minum lagi dengan puting plastik tu. Sehari suntuk saya duduk dengan nenek di rumah. Neneklah yang jaga saya, basuh berak saya, mandikan saya dan juga suapkan saya dengan puting plastik tu bila saya lapar. Bila dah lewat petang, barulah nampak mama. Yea! Mama dah balik! Mama pun terus menerpa dekat saya, dan peluk cium saya. Saya nampak mama bawa satu beg hitam. Apa dalam tu mama? Ooo rupa-rupanya dalam tu ada susu mama yang dah diperah masa mama di tempat kerja tapi. Wow! banyaknya! Ada 5 botol! Saya nampak mama simpan semua botol tu dalam peti ais.

Saya dah tak kisah lagi pasal semua tu. Yang penting sekarang ni, saya nak upah susu. Mama cepatlah! Bila mama beri je puting mama, saya pun terus menangkap dan aaahh, alangkah nikmatnya dapat susu mama!

ulasan : tetiba ummi teringat kat irfan...ibu Ana yg jaga irfan time ummi kerja caka irfan x berapa nk nyusu sgt dalam botol...irfan selalu buang botol & gigit puting botol..so ummi terpaksa laa tukar kan botol guna yg puting leper tu...baru la irfan nk minum..p la nie irfan makin cerdik kul 5 irfan dh x mau minum susu...irfan sanggup tunggu ummi balik...ummi spai jer kat umah nenek sure irfan dh x berpaing kat orang lain..irfan akan menangis kalau ummi x amik irfa...biler irfan dh dapat nenen ummi past irfan akan nyusu dgn lamanyer...paling ummi suka tgk biler irfan nyusu spai pejam2 mata...betul2 irfan menikmati susu ummi yer...;)