Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

Tips Mengajar Anak Solat

Assalammualaikum wbt..

sekian lama Umi tak bersiaran di sini...akhirnya hari ni terasa ingin mengubat kerinduan untuk mencoretkan sesuatu di sini...apa khabar kalian?...Alhamdulillah Umi & keluarga sentiasa berada di dalam kesihatan yang baik...
hari ini Umi nak berkongsi kan artikel mengenai Tips Mengajar Anak Solat...
Berdoa
Sesungguhnya doa itu senjata orang-orang mukmin, maka untuk mendapat anak yang sentiasa melaksanakan solat , jadikanlah doa-doa sebagai kebiasaan kita. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah :

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."

Bacakan doa ini sentiasa dan biarkan mereka mendengarnya, berdoalah sejak mereka belum lahir sehinggalah mereka sudah dewasa. Moga-moga mereka akan terus istiqamah dengan solat sehinggalah ke akhir hayat mereka.
- saban hari Umi berdoa semoga Irfan menjadi anak yang soleh...mudah mudahan doa yang kita baca kan setiap hari di makbulkan...amin

Membiasakan anak-anak dengan solat
Umur 0-2 tahun
Ketika anak masih kecil, letakkan anak berhampiran dengan tempat kita solat supaya dia melihatkan kita solat sejak kecil
Katakan kepadanya : "Sekejap ya sayang, ibu/ayah nak solat sebentar"

umur 2-4 tahun
Selalu mengajak mereka untuk solat bersama : "Sekarang dah masuk waktu maghrib, Jom kita solat!" Ajak saja, dia mahu mengikut atau tidak itu perkara kedua, yang penting biar mereka terbiasa dengan ajakan kita.

Sediakan tudung kecil untuk anak perempuan, kopiah atau songkok untuk anak lelaki. Pakaikan mereka dengannya dan katakan kepadanya "Wah! Cantiknya adik pakai tudung untuk solat." Mungkin mereka hanya memakainya tidak sampai satu minit, tapi tidak mengapa, senyum sahaja kepada mereka. Ulangi perbuatan ini sehinggalah mereka sendiri yang meminta tudung/kopiah/songkok apabila kita mengajak mereka untuk solat

Berikan pelukan dan ciuman yang paling hangat kepada mereka jika mereka mngikut kita solat. Tidak kisahlah walau berapa rakat sekali pun. Kadang kala, mereka hanya mengangkat takbir kemudian melompat dan pergi bermain, walau sekecil mana perbuatan mereka mengikut kita solat, berikan kata penghargaan seperti : "Solehnya anak ibu hari ni, adik ikut ibu solat!"

Jika anak-anak memanjat kita semasa kita solat, janganlah dimarahi mereka kerana Saidina Hassan dan Hussin juga pernah melakukan perkara yang sama kepada Rasulullah s.a.w sehingga memaksa Rasulullah untuk sujud lebih lama daripada biasa. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah mengatakan bahawa baginda tidak mahu cucu baginda terjatuh andai terus bangun. Namun, pastikan anak-anak kita suci dari najis sebelum kita solat supaya tidak terbatal solat kita terkena najis mereka. Nasihatilah mereka dari hari ke hari dengan penuh hikmah dan lemah lembut.

Jangan sesekali berkata kepada anak : "Pergi main jauh-jauh, ibu/ayah nak solat." Kata-kata demikian dibimbangi akan menjadikan anak-anak menganggap bahawa solat itu mengganggu hubungan mereka dengan ibu bapa mereka.
- Alhamdulillah dah mula nampak kesan ni..TAPI kena ingat bukan mudah seperti yang kita bayangkan...hari hari kena bagi nasihat...hari hari kena ajak dia solat sekali...hari hari kena bagitau apa yg buleh apa yang tak buleh...semoga ianya akan menyerap ke hati anak2 kita..

Mengajar anak solat
Umur 5-6 tahun
·Ajarkan mereka bacaan dan pergerakan solat yang betul. Jika ibu bapa tidak mampu, hantarlah mereka ke Tadika/tempat pengajian yang mengajar anak-anak solat. Solat secara praktikal di sekolah sangat membantu anak-anak belajar solat dengan lebih bersemangat dan gembira.

·Sesekali ajaklah mereka ke masjid atau surau untuk solat berjemaah, namun ingatkan mereka selalu untuk menjaga adab-adab di rumah Allah.

·Terangkan kepada mereka tentang kefardhuan dan kepentingan solat bagi setiap orang Islam supaya dia solat bukan hanya ikut-ikutan tetapi kerana kefahaman yang betul.

·Ceritakan juga kelebihan dan ganjaran bagi orang-orang yang solat.

·Boleh galakkan mereka solat dengan menonton video-video yang bersesuaian.

·Sediakan carta solat, dan berikan mereka sticker setiap kali mereka berjaya melaksanakan solat. Sentiasa galakkan mereka untuk solat pada setiap waktu.

·Sekali sekala, kejutlah mereka untuk solat subuh, walaupun mungkin mereka akan sujud dan terus tertidur, tidak mengapa, bukankah ini hanya masa untuk mendidik mereka.

·Jika mereka tidak mampu solat subuh pada waktunya, suruhlah mereka solat sebaik sahaja bangun tidur, tidak kisahlah jam berapa, yang penting solat.

·Bagi ibubapa yang bekerja, biasakan bertanya anak : "Adik dah solat?" selain dari pertanyaan kita berkenaan dengan makan, kerja sekolah dan sebagainya sebaik sahaja kita pulang ke rumah. Biar mereka biasa dengan soalan itu dan mereka dapat merasakan betapa pentingnya solat dalam diari kehidupan seorang muslim.

·Jika ibubapa menelefon anak, selain bertanya khabar, tanyakan juga tentang solat mereka.
- InsyaAllah tahun depan Ummi akan praktikkan pula tips yang ini...
Bersama memupuk istiqamah
Umur 7-10 tahun
Sebaik sahaja anak menginjak usia tujuh tahun, katakan kepadanya : "Bermula tahun ini, adik sudah tujuh tahun, jadi adik mestilah solat lima kali sehari. Tidak boleh tinggalkan solat lagi, tujuh tahun hingga sembilan tahun merupakan tahun latihan solat untuk adik. Jika adik meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun nanti, ayah dah boleh rotan adik. Jadi adik kena berlatih bersungguh-sungguh ok?"

Pastikan anak-anak solat 5 waktu sehari semalam walau apa jua masalah yang melanda. Jika kita biarkan dia meninggalkan solat walaupun sekali, anak-anak akan merasakan tidak bersalah jika meninggalkan solat.

Nyatakan kepada mereka tentang realiti masyarakat sekarang yang meringan-ringankan solat, tetapi kita tak mahu jadi seperti mereka. Ceritakan tentang kisah-kisah para sahabat dan orang-orang yang hebat kerana menjaga solat mereka.

Sentiasa bercerita tentang ganjaran syurga yang dikurniakan kepada orang-orang yang menjaga solat

Ceritakan juga kepada mereka tentang peranan syaitan yang akan mendatangkan rasa malas untuk solat. Jadi kita kena lawan!

Jika anak bertanya kepada ibu kenapa tidak solat semasa haid, beritahu perkara sebenar, jangan pula katakana kepadanya anda sakit perut. Nanti dia fikir, kalau sakit perut tak payah solat.. Haru dibuatnya!
- semoga Umi sabar & istiqamah dalam mengajar Irfan bersolat...

Mengigau malam

Assalammualaikum wbt...


Anak-anak korang kuat mengigau tak?hehehe Irfan ni dalam kategori kuat mengigau tau..kadang-kadang tu dok jerit-jerit...kadang-kadang tu bercakap..paling teruk skit dia berjalan...hehehe kalau berjalan agak bahaya jugak la kan...

Kalau dia mengigau menangis sampai teresak-esak ummi akan peluk & dakap dia..then dia akan tidur balik...kalau dia bercakap-cakap ummi biar kan aje la..TAPI kalau dia mengigau berjalan Ummi akan 'tangkap' balik then suh dia baring semula...kadang-kadang tergelak jugak kalau dia mengigau ni..tapi ada jugak dia mengigau sampai tendang-tendang..hah yang ini tak tahan oooo...sure sakit badan kita kena tendangan padu dia..adehhhh

mengikut artikel kat sini mengata kan
Anak kerapkali mengigau pada akhir kitaran tidur atau pada awal pagi (antara 4 hingga 6 pagi). Ini adalah peringkat tidur REM atau “Tidur Mimpi” biasanya berlaku. Igauan dikaitkan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak yang baru bertatih mungkin bermimpi dipisahkan daripada ibu bapa mereka, manakala kanak-kanak tadika pula mungkin bermimpi tentang hantu atau makhluk ganas. Dan yang bersekolah, mungkin bermimpi kematian atau sesuatu bahaya.
Mengigau ni bukan sahaja anak-anak kecik tau..ada jugak orang dewasa yang mengigau..hehehe kalau anak-anak mengigau sangat comel..kalau orang dewasa mengigau ni "LU PIKIR SENDIRI" la...hahahahaha buruk ok!

dalam artikel tu jugak ada terangkan langkah-langkah andai anak2 kita mengigau
  • Berbual dengan si manja tentang mimpi buruk itu. Ini mungkin jalan penyelesaian yang terbaik. Mimpi buruk sering dikaitkan dengan kebimbangan dan pengalaman kurang menyenangkan yang dialami oleh kanak-kanak. Tekanan dan kebimbangan ini mungkin terbawa-bawa sehingga ke waktu malam, dan mengganggu tidur mereka. Oleh itu, luangkan masa untuk berbual dengan si manja anda setiap hari. Jelaskan tentang perkara yang merisaukannya supaya si manja boleh merasa tenteram dan tidak membiarkan imaginasinya menguasai perasaan.
  • Tetapkan rutin waktu tidur yang positif. Ini bermakna menyuruh anak anda tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Pastikan juga anak anda tidak melakukan sebarang aktiviti yang lasak sebelum waktu tidur. Sebaliknya, biasakan si manja melakukan sesuatu yang menenangkan (seperti membaca buku cerita) sebelum anda menidurkannya. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan kekerapan mimpi buruk, malah membantu si manja bersedia dan tidur lebih cepat.
  • Gunakan lampu tidur. Kegelapan boleh menakutkan, lebihlebih lagi bagi anak-anak kecil. Penggunaan lampu tidur dapat mencegah si manja daripada memikirkan tentang perkara yang menakutkan sebelum tidur. Tambahan lagi, jika si manja terjaga daripada tidur disebabkan mimpi buruk, lampu tidur dapat menenangkan perasaannya, membolehkannya tidur semula kerana si manja tahu persekitaran biliknya adalah selamat.
  • Jaga pemakanannya. Apa yang dimakan oleh si manja anda boleh mempengaruhi kualiti tidurnya. Elakkan makanan dan snek yang mengandungi kafeina, gula dan karbohidrat yang tinggi sebelum waktu tidur kerana bahan tersebut merangsang otak. Snek sebelum tidur yang terbaik (jika mahu) adalah segelas susu suam tanpa gula atau coklat. Susu mengandungi triptofan, bahan yang menggalakkan tidur.

Sahabat Khayalan..

Assalammualaikum wbt..

Ada tak di kalangan kawan-kawan di sini yang mempunyai anak yang bersahabat dengan 'rakan khayalan' mereka? risau tak ? takut tak?

Mula-mula Ummi takut sebab nya Ummi selalu tak nampak tapi Irfan selalu kata "tu la Ummi..kawan Irfan tu".sambil tunjuk-tunjuk kat dinding la..kat sofa la...aduhai mula-mula naik seram jugak la kan..maklumla kita tak nampak tapi dia nampak la pulak..then Ummi selalu cakap "Irfan suruh kawan Irfan tu balik tak baik dtg rumah orang"...hehehe suspen gak tau...makin Ummi risau bila 'rakan' dia tu selalu dtg waktu malam..huwaaaaaaaaaa siang-siang hari Ummi tak sure sebab nya siang dia kat umah BS dia...weekend pulak kitorang ni jarang ada kat umah dok berjalan jek..tu yg tak perasan sgt...yang perasan bila selalu Ummi tengah masak atau buat keje lain dan Ayah pun sibuk buat hal lain then dia mula la bercakap dengan 'kawan' dia tu..

Kadang-kadang terdengar la dia marah kan 'kawan' dia tu..kadang-kadang dengar dia ajak 'kawan' dia main sama-sama...tak pun dia akan berlawan dgn 'kawan' dia..then apa lagi mula la Ummi menggoogle kan mengenai hal ni..terjumpa la Artikel kat bawah ni dekat sini...

Saya Boleh Nampak Dia… Mama Tak Nampak?
Jangan bimbang, si manja bukan nampak hantu; itu hanya kawan khayalannya!
Oleh Profesor Madya Dr Alvin Ng Lai Oon, Pakar Psikologi Klinikal

“Mama tak boleh duduk sini! Nanti Mama duduk atas Lina!” Aida menegur ibunya Puan Rosnah yang hendak meletakkan punggung di atas sofa di sebelahnya. Si ibu melihat tempat duduk yang kosong dan bertanya, “Siapa Lina?” dengan kening terangkat dan dahi berkerut. - Terpijak "halimunan"

Kanak-kanak kecil kadang-kalanya gemar bercakap sendirian sewaktu bermain trak dan kereta api atau bermain dengan anak patung mereka, yang setiap satu diberi nama seperti manusia. Ada kalanya si manja berbual atau bermain dengan seseorang yang tidak dilihat. Kawan imaginasi atau khayalan anak anda mungkin seorang kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, seorang watak ajaib atau fantasi, atau mungkin juga seekor binatang.

Seseorang kawan khayalan boleh berubah mengikut peredaran masa, apabila si manja melalui fasa tertentu dalam hidupnya. Bagi sesetengah kanak-kanak, ‘kawannya’ mungkin datang sesekali atau muncul selang beberapa hari, manakala bagi yang lain ‘kawan’ itu adalah teman sepanjang masa. Anak anda akan melayan ‘kawannya’ seperti melayan kawan sebenar, kawan yang dilihatnya setiap hari dan boleh bermain bersama. Jadi, jangan terperanjat jika si manja memberitahu anda bahawa anda mungkin terpijak ‘kawannya’, atau anda duduk di tempatnya, atau meminta anda menyediakan tempat untuk ‘kawannya’ di meja makan apabila tiba waktu makan.

Adakah si manja anda kesunyian?
Bermain dengan kawan khayalan tidak bermakna anak anda kesunyian. Ia mungkin hanya bermakna si manja seronok bermain dengan seseorang selain kawan SEBENAR yang biasa menjadi teman sepermainannya setiap hari. Kawan khayalan membantu si manja anda berfikir secara lebih kreatif, membolehkan mereka melakukan sesuatu dengan cara yang berlainan. Ini juga adalah satu cara yang membolehkan anak anda mempraktikkan kemahiran sosial, agar mereka berasa lebih selesa dan lebih yakin apabila bertemu dengan kawan betul yang sebaya dengan mereka. Ada kalanya, mereka berpura-pura mempunyai kawan khayalan sematamata kerana ingin mempunyai seseorang yang boleh dikuasai dan mengikut telunjuk mereka, lebih-lebih lagi jika semua orang di sekeliling mereka cuba mengawal tindakan mereka. Kawan khayalan mungkin juga bertindak sebagai teman yang boleh dipercayai – tempat mencurah rahsia dan isi hati, kerana anak-anak kecil juga mempunyai isu yang terlalu peribadi atau takut diketahui oleh orang dewasa. Sebahagian daripada proses membesar

Ramai pakar mengakui bahawa kawan khayalan adalah sebahagian daripada norma hidup dan perkembangan kanak-kanak. Kawan khayalan bukan menimbulkan masalah, sebaliknya mereka boleh membantu anak-anak anda menangani beberapa tekanan dalam hidup mereka, dan juga melenyapkan sesetengah daripada ketakutan mereka. Apabila si manja memujuk ‘kawannya’ yang takut gelap, ini mungkin bermakna bahawa anak anda sebenarnya yang takut berada di tempat gelap. Dengan memujuk ‘kawannya’, bermakna si manja juga cuba mengatasi ketakutannya sendiri. Ia juga mungkin bermakna anda terlalu mendesak anak-anak lebih daripada yang sepatutnya, atau mengenakan terlalu banyak peraturan untuk mereka, menyebabkan mereka menyalahkan kawan khayalan mereka apabila mereka berkelakuan buruk atau melakukan kesilapan.

Ambil perhatian!
Si manja mungkin cuba memanipulasi anda menggunakan kawan khayalannya. Ada kalanya, kanak-kanak menggunakan ‘kawan’ mereka untuk mengelakkan daripada melakukan sesuatu yang tidak diingini.

Kalau anda tak boleh kalahkan mereka, ikut rentak mereka!
Ikut rentak si manja jika anda tidak pasti bagaimana untuk memberi respons kepada kawan khayalannya:
  • Jika si manja tidak mahu berkongsi ‘kawannya’, jangan cuba untuk bermain dengan mereka melainkan anda diminta. Biasanya anda akan diminta menyediakan sesuatu, seperti tempat untuk kawannya makan bersama, atau diminta tidak duduk di kerusi tertentu.
  • Si manja mungkin menggunakan ‘kawannya’ untuk "dipersalahkan" bagi sesetengah daripada perbuatan yang dilakukan, seperti menumpahkan susu atau memecahkan pasu bunga. Anda boleh mengajarnya dengan memberitahu si manja bahawa kemalangan boleh berlaku dan dia bersama ‘kawannya’ boleh membantu anda membersihkan tumpahan atau memungut serpihan pasu.
  • Cuba beri peluang kepada anak anda untuk bertemu dan bermain dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Jika permainan dan aktiviti bersama mereka cukup menyeronokkan, minatnya terhadap ‘kawan istimewa’ akan beransur-ansur hilang dan si manja lebih suka bercampur gaul dengan budak lain.
  • Jangan memperbodohkan anak anda sekiranya dia mempunyai kawan khayalan, tetapi galakkannya supaya lebih berkawan dengan rakan sebayanya. Menghukum anak kerana mempunyai kawan khayalan boleh membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Kawan khayalan biasanya tidak menimbulkan masalah, dan jika si manja seronok bermain dengan budak lain dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama anda dan mereka, tidak ada apa-apa yang perlu anda risaukan. Apabila mereka besar dan mempunyai lebih ramai kawan ‘sebenar’ dan dapat menangani ketakutan mereka dengan lebih baik lagi, kawan khayalan mereka akan hilang dengan sendiri. Seandainya si manja anda terus memilih kawan khayalan sebagai teman bermain daripada menghabiskan masa dengan rakan sebayanya, anda patut renungkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hidupnya dan berusaha untuk membolehkan anak anda merasai keseronokan bermain dalam kehidupan sebenar.
amacam dah baca sampai habis? Ummi dah baca then Ummi rasa Ummi akan pantau cara Irfan berkawan ni..hai la anak Ummi rasa Irfan tak dak kawan kat umah tu..ermmm kena kasi adik kat Irfan cepat2 la nampak gayanya...semoga Irfan tidak kesunyian selepas ini...semoga Ummi berjaya menambah zuriat lagi...;)