Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

Anak tak nak makan sayur...

Assalammualaikum wbt...

Siapa ada masalah nak bg anak-anak makan sayur? sila click2 ye..;) hehehe Ummi pun ada masalah nak bg Irfan makan sayur..uhukss...sekarang ni dia dah pandai cakap "Ami nanak ayur"...dulu time Irfan sebelum 2 tahun, dia suka makan sayur..kalau bg bayam tu siap hisap2 lagi..lobak pun dia suka..tapi laaa ni sejak dah pandai 'demand' ni dia pulak yg cakap tak nak sayur...

Puas Ummi pikir sejak bila pulak Irfan tak nak sayur ni kan..ermmm kalau tengok pic2 lama dia sure setiap kali bg dia makan memang Ummi letak sayur...

page

Lama gak Ummi dok memikir kan..tup tup bila dia makan dengan Acu (adik Ummi yg bongsu) dia tiru gaya Acu dia yg memilih tak nak makan sayur..huwaaaaaaaaa patut ler anak bujang ku tak nak makan sayur lagi...Acu dia tak makan sayur so dia pun tak nak makan sayur..jenuh Ummi nak perbetul kan balik hingga Ummi paksa Acu dia makan sayur...hehehehe tapi still lagi dia tak nak makan sayur...isk isk dia dah pandai pilih la tu...aduhai camno nak buat ni...??

Artikel kat bawah ni mengajar bagaimana membentuk selera pemakanan anak yang tidak memilih..
Posted on Aug. 8th, 2011 by UMMU_ABDULLAH

Ajar Anak Makan Sayur
Alhamdulillah, anak saya selepas umur 2 tahun masih makan pelbagai sayur-sayuran dan jarang memilih dalam pemakanannya. Ini adalah anak kedua saya. Saya belajar daripada anak sulung saya yang mana ketika umurnya 2 tahun, tidak semua makanan mahu dijamah. Sehingga kini, anak sulung saya lebih gemar biskut atau roti berbanding nasi, lauk-pauk atau sayur-sayuran.

Jadi bagaimana ingin membentuk selera pemakanan anak yang tidak memilih?
Ketika anak berumur 6 bulan, kebiasaannya ibu bapa sudah mula memberikan makanan pejal kepada anak. Sebaiknya dimulakan dengan makanan yang dikisar terlebih dahulu. Kemudian, barulah makanan yang dilenyek lembut dan makanan pejal yang lain. Sejak awal lagi, ibu bapa haruslah menanamkan kepada anak bahawa sayur adalah makanan yang pentng bagi tumbesarannya. Oleh sebab itu, kebiasaannya para ibu memberi anak lobak merah atau ubi ketika ini.

Ketika usia anak menjangkau 1 tahun setengah, pastikan pemakanan anak tidak berubah. Sayur tetap menjadi pilihan pertama dalam mana-mana menu makanan. Selain menyediakan rutin makanan yang sama (terdapat sayur-sayuran), cuba elakkan untuk bercakap tentang makanan yang sedap dan tidak sedap ketika makan. Hal ini akan memberi kesan kepada anak. Anak cederung mengikut kata-kata yang kita keluarkan. Malahan, jika ibu bapa kurang makan sayur-sayuran, pastikan anak tidak mengetahui hal tersebut di awal usianya.

Sentiasa ceritakan kepada anak tentang kelebihan sayur-sayuran dan makanan-makanan lain yang dimakannya. Bukanlah saya bermaksud tidak memberi makanan lain selain sayur-sayuran. Saya cuma fokuskan kepada sayur kerana kebiasaan anak akan menjauhi sayur. Sebenarnya sama seperti makanan-makanan lain. Biasakan anak merasa pelbagai jenis makanan agar lidahnya terbiasa dengan pelbagai rasa. Tidak hanya dengan satu atau dua rasa sahaja. InsyaAllah anak akan bersedia untuk menjamah makanan yang baru ditemuinya dengan mudah.

Selain itu, sekiranya masa makan telah tiba, elakkan daripada memberi anak minuman jus atau minuman yang mengandungi lemak seperti susu terlebih dahulu kerana ia akan membuatkan anak cepat kenyang dan mudah baginya untuk mengelak daripada menjamah makanan yang terhidang. Seperti sunnah yang dibawa oleh Rasulullah, cubalah untuk memberi anak makan terlebih dahulu, kemudian barulah diberikan air kepadanya.

Mudah-mudahan sedikit sebanyak artikel ini mampu membantu kita membuka semula selera anak yang sukar menjamah makanan lain selain kegemarannya sahaja.
Ummi juga menggoogle tips mengajar anak makan sayur..meh kita baca sama-sama yer mana la tau kan kita boleh menggunakan tips yg ada ni..;)
Saturday, 23 October 2010 16:44 ummuuswah

Tips-tips berguna untuk kita kongsi agar anak-anak menjadi penggemar sayur dan buah macam kakak Hasanah.

1. Ibubapa sebagai contoh
Anak senang meniru apa yang ibubapa dia buat. Kalau ibubapa jenis yang suka makan sayur dan buah, maka anak dengan mudah akan menjadi penggemar sayur dan buah. Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi ubah diri anda dan pasangan sebelum memasang cita-cita untuk melihat anak menjadi penggemar sayur. Jadikan aktiviti menikmati sayur dan buah adalah aktiviti yang menyeronokkan.

2. Kreatifkan Hidangan
Kanak-kanak suka pada benda yang menarik. Jemukan bila makan resipi masakan yang sama setiap hari. Jadi, apa salahnya jika kita mengubah stail masakan dan hidangan sayur dan buah untuk hidangan sekeluarga.

3. Kongsi Ilmu Tentang Rahsia Warna Buah & Sayur Dengan Anak

a. Hijau
Mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeantin, beta karotein dan Epigallocatechin gallate (EGCG).
Fungsinya: Untuk kesihatan sel, paru-paru, menyokong fungsi arteri atau salur darah dan hati; meningkatkan penyerapan kalsium
Sumber: Kubis daun, bayam, lada benggala hijau, selada air, salad, zukini (mentimun Jepun), brokoli, kubis Brussels, kacang panjang, kacang buncis, kacang hijau, bendi, kangkung, mentimun, teh hijau, epal hijau dan semua sayur lain yang berwarna hijau. EGCG juga boleh didapati dalam teh hijau, hitam dan oolong yang membantu mengawal paras kolesterol darah.

b. Merah
Mengandungi likopen dan asid elagik.
Fungsinya: Untuk menjaga kesihatan prostat dan asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam sel.
Sumber: Epal merah, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu (merah), delima, lobak radish, rasberi, strawberi, ceri, tomato.

c. Kuning-jingga
Mengandungi alfa karotein, beta karotein, beta kriptozantin dan hesperidin
Fungsinya: Untuk kesihatan mata; fungsi imun atau daya ketahanan badan yang sihat; mengekalkan penghidratan, pertumbuhan dan perkembangan yang sihat
Sumber: Oren, labu, lobak merah, aprikot, keledek, limau, betik, jagung, nanas, lemon (limau kapas), buah markisa.

d. Putih
Mengandungi alisin, kueresetin, isoflavon, EGCG, isotiosianat dan antosianin
Fungsinya: Mengekalkan kesihatan tulang, memperbaiki peredaran darah dan menyokong fungsi salur darah, merangsang fungsi enzim
Sumber: Buah pir, kacang soya, bunga kubis, bawang putih, parsnip, lobak putih, kacang putih, cendawan, pisang, kentang,

e. Biru-ungu
Mengandungi kuersetin, resveratrol, asid elargik, antosianidin dan prosianidin.
Fungsi: Antosianidin dan resveratrol ialah kumpulan fitonutrien yang mempunyai ciri antioksidan yang kuat dan berperanan penting dalam melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas serta menyokong kesihatan jantung dan salur darah. Ada kajian menunjukkan antosianidin juga menyumbang kepada kesihatan DNA, kulit dan melancarkan pencernaan.
Sumber: Buah tin, anggur, beri biru, boysenberi, kubis merah (ungu), anggur hitam, terung, keledek ungu, kacang hitam, plum, bit.

4.Libatkan Mereka
Libatkan anak-anak ketika anda membeli sayur di pasar, kenalkan mereka dengan pelbagai jenis sayur dan buah. Jika anda tak kesah, biarkan mereka memilih sayur dan buah mana yang ingin dinikmati.

Anda juga boleh memperkenalkan jenis sayur dan buah dengan menggunakan flash card. Mengajar anak ketika kecil adalah seperti membuat ukiran di atas batu.

Selamat mencuba. Saya doakan agar cita-cita anda menjadi kenyataan. Amin.
berdasar kan tips kat atas ni kan, tips no 1 tu memang tak dak masalah sebabnya sayuran adalah menu wajib kat rumah Ummi...ermmm kalau tips no 2 tu Ummi kena belajar lagi la bagaimana nak menyediakan hidangan yg lagi menarik dan tertarik...tips no 3 tu rasa nya kalau terangkan kat Irfan sure dia buat muka tak paham...hehehe tips no 4 Ummi akan pastikan selepas ini dia ikut sekali pilih sayur..;)

semoga Ummi berjaya mengajar Irfan makan sayur semula!!!
DSC03163

2 comments:

ha ha ha cutenya irfan.Makan banyak-banyak ye,biar pulih kesihatan.Nampak tembam sikit pipi.

Akak pun pernah mengalami situasi yang sama dulu-dulu semasa anak -anak kecil.Beria kita atur gizi makanan mereka bila besar sikit tak mahu makan sayur,tapi Alhamdulillah setelah meningkat remaja hidayah datang setelah mereka mula menyedari kepentingan menjaga kecantikan.

 

alhamdulillah mak bonda dh 2 hari ni Irfan dh kembali cergas seperti biasa...bersyukur sgt2...;)

ermmm tu la mak pun ckp benda yg sama jugak...dh besar sok tau la dia nak makan sayur tu..tapi terasa sedikit terkilan sebabnya dulu dia kan suka sayur..sejak dh pandai ikut cara org lain ni dia pandai pulak memilih tak nak sayur...

tak pe2 fisa akan usaha sehingga Irfan suka balik pada sayur-sayuran...insyaAllah...;)

 

Post a Comment