Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

berus gigi & berkumur..

Assalammualaikum wbt..

Ummi tengah mencari info bagaimana nak ajar Irfan berkumur selepas memberus gigi...ermmm susah gak ekk nak ajar anak sekecil Irfan berkumur...Ummi tak tau bagaimana cara yang betul mengajar anak umi berkumur...bila umur suruh ikut cara ummi berkumur..dia akan telan air tu..dah telan baru dia nak buang..hasihh camno tu..?ada tak sesiapa di sini yang tau cara nak ajar anak seperti irfan berkumur..?meh share dengan ummi at least ummi leh ajar irfan cara yang betul..

ketika ummi dok menggoogle info mengenai gigi maka ummi terjumpa artikel ni di sini..

Kenapa gigi perlu diberus?
Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk gigi mendapat fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting?
Memberus gigi sehingga bersih penting untuk:
  • Mencegah penyakit gusi - Membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan).
Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi ?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja gigi tumbuh. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil lagi untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.

Bagaimanakah cara untuk menjaga kebersihan gigi ?
  • Untuk bayi - Gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.
  • Untuk kanak-kanak - Berdiri atau duduk di belakang kanak-kanak dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah :
  • Berus gigi anak anda sekurang-kurangnya dua kali sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
  • Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.
Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas:
  • Selia atau bantu anak anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6 hingga 7 tahun.Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
  • Berkumur dan berludah selepas memberus gigi.

selepas puas menggoogle ummi still belum jumpa artikel mengajar cara-cara berkumur dengan betul..uhuksss nampak gayanya ummi kena sama-sama berkumur depan irfan sampai la irfan boleh berkumur sendiri kan..

jom layan pic irfan tayang gigi...;)

4 comments:

irfan...cik in nak gigit-gigit kamu boleh tak...geram...

 

cik in this week irfan balik kg..sory la yer...next week irfan nak pergi bercuti..so lagi 2 weeks la ye kita berjumpa...

 

mana laa tak cantik sebab ayah dia tak bagi makan gula2 dengan junk food even air yang manis2 pun ayah tak bagi...hehehe ayah dia memang jaga kesihatan skit...

 

Post a Comment