click pic for link
assalammualaikum.....
hari ni ummi nak kongsi cerita mengenai demam ON OFF irfan...even kisah ini bermula pada NOV tahun lepas dan berakhir awal JAN tahun tapi ianya masih lagi kuat di ingatan ummi...
ermmm pada AidilAdha tahun lepas irfan mengalami demam mengejut...kerana hari sebelumnya elok je irfan bermain dan suddenly pukul 3 pagi suhu irfan naik ke 39...so selepas solat sunat Aidiladha ayah bawa irfan ke klinik then doc masuk kan ubat punggung...selepas 2 hari demam irfan kembali pulih seperti biasa....ummi ingat demam biasa maklum la last sekali irfan demam time umur dia setahun so agak lama dah irfan tak demam...
selepas 2 minggu irfan demam semula...ketika itu irfan berada di kampung menghantar nenek yang baru pulang menunaikan fardu haji...bermula la episod irfan demam yang berulang....selang seminggu irfan sure akan demam...pertengahan december irfan mula ikhtiar kan cara lain selain dari berjumpa doctor...ini kerana irfan akan mula demam ketika maghrib dan ketika subuh...suhu irfan time tu terus naik hingga 39.8...
ummi mulakan ikhtiar dengan meletakkan tasbih d badan irfan ketika irfan demam dan yang pastinya tasbih akan ligat berputar...menentukan ada yang tak kena dengan irfan...maka ummi amalkan bacaan al Fatihah dan bacaan ayat kursi....sambil niat di dalam hati agar irfan pulih seperti dulu...di samping itu juga ummi bawa irfan berjumpa dengan Ustaz Alfian untuk mengeluarkan 'benda' yang berada di dalam badan irfan...
ummi teringat ketika kali pertama nak bawa irfan berjumpa dengan Ustaz Alfian banyak sangat halangan dan dugaannya...di mana ketika di dalam kereta irfan mengamuk tak tentu pasal...bila dah sampai ke tempat ustaz, Ustaz Alfian pula tiada yang ada hanya la perawat dia sahaja...ketika perawat membaca kan ayat2 ruqiyah tiba2 alarm kereta adik ummi pula berbunyi bukan sekali tetapi 3 kali...setiap kali berbunyi bila cek tiada apa2...betul2 dugaan...
selepas pulang dari jumpa perawat tu ummi rasa makin sayu bila melihat irfan yang makin letih dan lesu...badan irfan mula susut...dari yang ceria menjadi orang yang dalam kesedihan...dan malam itu juga ummi menitik kan air mata...tidak tertanggung lagi hati ummi melihatkan keadaan irfan...dan pada malam itu juga nenek irfan menyaran kan agar ummi yang usaha sendiri mengeluarkan 'benda' itu...dan ummi mulakan dengan zikir la'ilahaillahh sebanyak 1000 kali dan membaca ayat kursi sebanyak 3 kali serta niat untuk mengeluarkan 'benda' itu...ummi menutup mata ketika berzikir dan membaca ayat kursi dan bayangan irfan meminta diri di lepaskan dari longgokan ular2 yang berbelit d badan...masyaAllah terkejut ummi...selepas habis baca ayat kursi, ummi mula membaca surah YUNUS ayat 81-82 sambil tangan ummi mengusap kepala hingga ke kaki irfan bagai kan mengeluarkan 'sesuatu'...
alhamdulillah malam tu dan subuh esoknya irfan tidak lagi demam...hari berikutnya pula ummi memasang mp3 ayat-ayat ruqiyah bagi irfan dengar...ummi juga bawa irfan berjumpa dengan Ustaz Alfian...alhamdulillah sejak itu irfan tidak lagi demam...namun pada akhir December selepas pulang dari bercuti di PD bersama dengan keluarga ayah irfan demam semula...Ya Allah dugaan betul...
kebetulan pada 1hb Jan 2011 ummi berjumpa dengan sahabat ummi di Bagan Lalang dan ketika itu ibu mertua dia pun ada sekali...kebetulan juga ibu mertua kawan ummi ni adalah bidan kampung dan nenek ini kata irfan perlu di urut untuk memulihkan badan dia..next day ummi bawa irfan berurut dengan nenek tu dan nenek tu sediakan bahan mandian dari gabungan daun2 herba antaranya serai wangi dan daun lempoyang....
alhamdulillah lepas beberapa kali dengan mandian herba tu irfan makin sihat dan makin aktif...ummi berharap agar demam ON OFF ni akan berakhir...semoga irfan di beri kesihatan yang baik...
aksi sebelum irfan demam...chubby je tengok pipi tu...
wajah ketika fasa demam ON OFF...sangat2 susut sampai ramai yang tak percaya tauu..
alhamdulillah kembali ceria...pic taken last week...beza kann dengan time dia demam tu...
*wah!! panjang betul entry untuk hari ni kan....;)