Perjalanan hidup ku...

perjalanan hidup ku bermula dari hari pertama ku di lahirkan...

only me & ummi...

Penyusuan susu ibu bukan sekadar menyediakan pemakanan yang diperlukan oleh bayi baru lahir. Ia merupakan jalinan kasih sayang yang mengeratkan hubungan antara ibu dan bayi. Melalui penyusuan susu ibu, ibu dan bayi dapat menjalinkan hubungan yang erat, memuaskan dan berkekalan. Untuk menjadikan setiap saat kita bersama bayi lebih berharga, amalkanlah petua-petua berikut:info dari sini..

Tenang dan sunyi
Pastikan tiada gangguan semasa menyusukan bayi – jangan menonton TV, mendengar muzik yang kuat atau berbual dengan bising. Pastikan ahli keluarga anda faham kepentingan persekitaran yang sesuai semasa anda menyusukan bayi. Dapatkan bantuan mereka bagi memastikan keadaan tenang dan senyap ketika anda menyusukan bayi. Persekitaran yang ideal untuk menyusukan bayi ialah bilik yang sunyi dan malap. Jika ini sukar dilaksanakan, berikan tumpuan sepenuhnya kepada bayi sewaktu menyusu...
- irfan paling suka susu bile ummi baring d sisi..di dalam bilik..pastinyer lena d buai mimpi..


Utamakan keselesaan
Apabila menyusu, anda perlu pastikan keselesaan diri anda dan bayi. Pegang bayi supaya mukanya menghadapi payudara anda. Mulutnya diletak berhampiran puting dan kepala, leher serta bahagian belakang bayi dipastikan dalam kedudukan yang lurus dan selesa. Anda juga harus duduk tegak, gunakan bantal untuk menyokong bayi anda jika perlu.
- sekarang nie ummi terpaksa guna bantal untuk support irfan sbb irfan makin meningkat usia...;)

Anda juga boleh berbaring secara mengiring di atas katil ketika menyusukan bayi. Posisi baring sangat berguna untuk penyusuan pada waktu malam, atau jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Caesarean’ atau komplikasi semasa bersalin.
- posisi nie ummi betul2 pandai time irfan dh 3 bulan..time berpantang ummi x berpeluang bg irfan nyusu sambil baring even ummi ceasarean...sbb ummi nie budak baru belajar s x brp cekap lagi...uhukss..


Berinteraksilah dengan bayi
Ketika menyusukan bayi, anda boleh bercakap, bersenandung atau menyanyi dengan bayi anda. Kekalkan hubungan mata dan senyumlah selalu. Peluk, tepuk dan sentuh bayi anda. Puji bayi anda apabila dia menghisap dengan baik. Gerak isyarat yang penuh kasih sayang akan menjadikan bayi berasa lebih selamat.
- ummi selalu ajak irfan berzikir...setiap kali irfan nyusu ummi akan belai jari jemari...memeluk irfan...ummi juga sentiasa berdoa & akan meniup umbun2 irfan dgn doa2 yg ummi baca...




Sikap adalah penting
Bayi anda akan tahu jika anda bimbang atau risau. Oleh itu, anda perlu bertenang ketika menyusukan bayi. Jangan menyusukan bayi apabila anda berasa marah atau selepas bertengkar dengan suami. Berikan masa yang secukupnya kepada diri anda sehingga reda perasaan marah sebelum menyusukan bayi.
- perasaan marah yg membuak lom lagi hadir time irfan menyusu...yg pasti ummi sentiasa rasa puas bila irfan nyusu...

IBU GEMBIRA, BAYI GEMBIRA
Untuk mengekalkan ikatan yang positif dengan bayi anda, terlebih dahulu anda perlu menjaga diri anda.
Dapatkah anda berikan yang terbaik kepada bayi jika anda penat, tertekan atau bersedih?
Berehatlah dengan secukupnya, amalkan pemakanan yang sihat dan keraplah bersenam. Anda harus sedar bilakah anda memerlukan bantuan; jangan cuba lakukan kesemua perkara bersendirian. Bukanlah sesuatu yang luar biasa jika ibu baru mengalami kemurungan.
Beritahu kebimbangan anda kepada suami. Jika kemurungan ini berpanjangan dan menjadi lebih teruk, anda mungkin mengalami kemurungan postpartum. Anda perlu segera mendapatkan bantuan profesional.

- ummi selalu memastikan irfan sentiasa puas biler breastfeed...


0 comments:

Post a Comment